berita

#1 Teaser Filem “Rock Oo : Rimba Bara Kembali”

November 8th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Pada tahun 2013, fenomen rock 80an akan muncul kembali dengan tercetusnya sebuah filem komedi berjudul ‘Rock Oo : Rimba Bara Kembali.’

Filem ini merupakan arahan Mamat Khalid dan ia menampilkan beberapa artis terkenal seperti Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan serta Pekin Ibrahim. ‘Rock Oo’ merupakan kesinambungan filem ‘Rock’ yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu ‘Rimba Bara’ yang bersemangat teguh untuk menempah nama di arena muzik tempatan yang akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam filem ini Que Haidar yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada perinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan ‘Rimba Bara’ dengan memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black) kembali dalam kumpulan rock mereka.

Filem ‘Rock Oo’ ini akan menjanjikan satu kelainan dari segi mood filem, di mana ia akan membawa penonton ke era 80an dan menyaksikan lakonan Que Haidar yang sungguh mencuit hati.

Jom layan teaser ‘Rock Oo’ selepas ini :

SKIP THIS AD ×