berita

‘Disini Awak Dilahirkan, Disini Juga Awak Tinggalkan Ummi..”

July 21st, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru baru ini viral di laman media sosial apabila seorang bayi dipercayai diserang sawan di rumah pengasuh. Bayi lelaki berusia 10 bulan itu turut mempunyai kesan lebam di dahi kiri, pendarahan di mata dan retak tempurung kepala. Walau bagaimanpun, pihak polis telah menahan pengasuh tersebut bagi membantu siasat.

Hari ini, menerusi status ibu Naufal, anaknya telah selamat dikebumikan. Syurga tempatmu adik. Semoga ibu-bapa bayi kecil ini tabah menghadapi ujian.

Dua kali jatuh buaian

Ibu bapa mangsa menyedari mangsa sering menangis dan susah tidur mulai 10 Julai lalu sebelum pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh dari buaian sepanjang di bawah jagaannya.

Mangsa dijaga oleh suspek pada 28 hingga 30 Jun lalu dan pada 2 hingga 17 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Setiap Ahad mangsa dijaga oleh ibunya, manakala Jumaat dan Sabtu dijaga oleh bapa mangsa.

Menerusi Berita Harian, terdahulu bayi berkenaan yang dipercayai diserang sawan dirujuk pengasuh ke hospital berkenaan kira-kira 8 malam dengan bantuan jirannya sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

Bayi itu difahamkan tidak sedarkan diri sejak terkena sawan. Namun, menerusi status terbaru ibu bayi itu, anaknya meninggal dunia hari ini dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tangkak Johor.

Tunggu ummi ayah tau..

Selamat dikebumikan

Rindu sangat

Sumber : Eyka Rohmat

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×