berita

10 Tempat Makan Di Bandung Wajib Anda Cuba, Enak Banget!

August 15th, 2017 | by Shafika
MyResipi

Bandung merupakan daerah yang ramai dikunjungi pelancong jika ke Indonesia. Jadi tak heran kalau ke Bandung akan terserempak dengan ramai rakyat Malaysia. Selain dari membeli belah, Kota Bandung juga merupakan syurga makanan. Mungkin ramai yang tak tahu tapi yang pasti makanan mereka memang sesuai dengan citarasa kita. Sedap!

Kali ini kami nak kongsikan dengan anda, tempat makan yang wajib untuk anda kunjungi jika ke Bandung. Enak banget! Harus dicobain dong!

Iga Bakar Si Jangkung

Haa nama macam pelik kan? Tapi sebenarnya antara tempat makan yang femes kat sana. Kalau korang nak tahu, iga itu bermaksud rusuk. Restoran ini menyajikan anda segala jenis rusuk. Bayangkan daging nya direbus selama 3jam dan dipanggang. Ahh kecur air liur admin bayangkan. Si Jangkung itu merujuk kepada pemilik kedai ini yang tinggi. Memang unik habis. Terbaik! Wajib cuba..

Nasi Kalong

Nasi Kalong ini bagi admin wajib juga anda cuba kalau inginkan kelainan pada rasa nasi. Nasi ini digoreng dengan Buah Kepayang, Cili, Kelapa Parut dan ditambah dengan ramuan rahsia oleh kedai itu sendiri. Boleh dimakan dengan lebih 20 lauk yang sedap. Nasi Kalong ini pasti memberikan kelainan dalam selera anda. Fuhh! Sedikit info dari admin, siapa nak cari nasi ini boleh pergi ke Jalan RE Martadinata. Kebiasaanya dibuka jam 7 malam sampai ke pagi. Selamat beratur guys!

Sapu Lidi

Mungkin ada yang bosan harus makan di tempat yang biasa. Inginkan sesuatu kelainan? Apa kata cuba makan si Restoran Sapu Lidi ini. Anda tak perlu menyapu, hanya perlu makan sambil menghayati pemandangan sawah. Ala ala kampung gitu feel dia. Makanan boleh dikatakan pelbagai pilihan dari Jawa, Sunda sampai ke Eropah. Anda cuma perlu sediakan wang yang lebih untuk merasai semuanya. Cuboin dong!

Yoghurt Cisangkuy

Mungkin anda rasa di Malaysia ada yoghurt sebegini, namun anda silap! Satu-satunya yoghurt yang tidak masam. Haa mesti pelik kan? Yang penting rasa nya sedap manis bersama kisaran buah pasti buat anda melayang ketika menikmatinya. Harga pula memang murah macam minum air teh ais di Malaysia je. Nyaman sih!

Raja Rasa

Raja Rasa yang berlokasi di Jalan Setra Ria, Bandung adalah sebuah restoran yang menyajikan seafood dan makanan dari daerah Sunda. Hidangannya yang menarik dan pelbagai pilihan membuatkan anda akan terpaku sejenak. Persembahan makanan paling admin rasa boleh masuk Master Chef. Belum makan pun dah tahu macam sedap. Yang penting restoran ini mempunyai suasana tenang dan nyaman dengan sentuhan seni yang menarik. Syoknya!

Kue Balok Kang Didin

Kuih ini adalah campuran dari tepung terigu, air, gula dan mentega yang dimasak dengan menggunakan pemanggangan berbentuk bulat. Kemudian adunan yang sudah siap boleh dimakan dengan pelbagai perisa seperti strawberry dan coklat. Hmm memang sedap. Lagi sedap bila makan panas-panas. Kecur air liur!

Mie Kocok Mang Dadeng

Siapa peminat keting lembu pasti menggemari makanan lazat ini. Dihidangkan bersama taugeh, pilihan mee dan kuah yang jernih seperti sup pasti buat anda terangkat. Sebenarnya lebih kurang macam mee sup cuma yang bezanya hirisan keting lembu sebagai lauk membuatkan Mie Kocok ini lain dari yang lain.

Kampung Daun

Siapa yang teringin makan ala ala kampung boleh la kunjungi restoran ini. Rasanya ini antara restoran yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Betul tak? Dengan pelbagai pilihan makanan tradisonal Indonesia, tempat ini memang boleh dimasukkan dalam list anda. Tempat ini berdekatan di dalam daerah Tangkuban Perahu yang memang terkenal dengan kunjungan pelancong.

Maja House

Sudah penat berjalan seharian, apa kata cuba makan di restoran santai ini. Bukan santai biasa tahu, siap dengan selimut dan bantal. Menyajikan makanan tempatan dan luar negara, restoran ini sesuai buat anda yang inginkan ketenangan. Cuacanya agak sejuk memandangkan restoran ini terletak di daerah Lembang. Yang penting anda boleh lihat keindahan Bandung dari restoran ini. Memang syahdu!

Paskal Food Market

Tempat yang mempunyai lebih 100 gerai makanan di dalam nya. Terletak di area Pasir Kaliki, restoran ini mempunyai konsep ruangan terbuka. Selain itu, tempat wisata kuliner ini juga dilengkapi dengan kolam dan suasana yang pasti membuatkan anda nyaman untuk menjamu selera di sini. Senang cerita, anda boleh temui kesemua makanan di Bandung jika kunjungi tempat ini! Syoknya!

Selamat bercuti dan menjamu selera di Bandung! Jangan lupa pergi kesemua tempat makan di atas. Comfirm tak menyesal okay.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×