berita

11 Aktiviti Lasak Dalam Bangunan Yang Bikin Adrenalin Rush!

December 31st, 2014 | by Wan
Travelogue

lasak

Aktiviti lasak cukup sinonim dengan kawasan hutan dan bukit-bukit yang dijadikan medan untuk penggemar setia sukan lasak menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Namun sekarang korang tak perlu ke hutan lagi sebab sebuah taman tema pengembaraaan, District 21 telah di buka di IOI City Mall Putrajaya. Pendek kata, semua aktiviti yang disediakan boleh bikin adrenalin rush!

Apa yang menarik tentang District 21 ialah ibu bapa boleh menjadi penjaga anak mereka ataupun boleh turut sama sertai anak-anak dengan aktiviti yang disediakan. Jadi memang sesuai lah untuk para remaja mahupun keluarga yang bercadang untuk bawa anak-anak cuba benda baru ini.

Di District 21 terdapat 11 tarikan pengembaraan dan kebanyakannya tidak pernah dilihat di Asia. Antaranya ialah wall climbing, roller glider, pump track dan banyak lagi. Senang cerita dekat sini korang boleh memanjat, melompat, menunggang, dan nak terbang pun boleh. Jom kita ushar sikit antara tarikan yang disediakan.

1. Wall Climbing/Power Station @ District 21

District 21 IOI City Mall Wall climbing

Terdapat 7 jenis wall berbeza yang boleh korang panjat dekat sini. Maknanya setiap level mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Jadi untuk korang yang beginner itu eloklah panjat yang paling mudah, itu pun kalau sampai ke atas! Haha

2. Roller Glider @ District 21

Jangan terkejut sebab roller glider ini tak pernah ada di tempat lain, satu-satunya hanya di District 21! Nak tahu apa yang menarik tentang game ini? Tengok video dekat atas itu.

3. Pump Track @ District 21

pump

Pump track ini merupakan satu litar khas yang dibina sesuai untuk korang yang gemar menunggang basikal dan skateboard. Tapi nak main game ini ada syaratnya, korang kena naik basikal tersebut disepanjang litar ini tanpa kayuh! Haa macam mana itu?

4. Low Ropes @ District 21

low

Tarikan ini pula sesuai untuk kanak-kanak yang gemar akan cabaran. Mana tidaknya mereka kena lalui perlbagai halangan yang boleh bikin jantung gugur! Orang dewasa kalau join game ini memang kena gelak jela.

5. Trampoline/Launch Pad @ District 21

lompat

Untuk korang yang suka melompat-lompat tanpa hala tuju itu, kami sarankan cuba trampoline ini. Korang nak melompat sambil buat skil ninja pun boleh, janji jangan memalukan diri sendiri okay?

6. The Maze @ District 21

Sebut je pasal The Maze mesti korang teringat filem The Maze Runner kan? Jangan risau sebab game ini tiada makhluk-makhluk aneh boleh membahayakan nyawa korang. The Maze sebenarnya laluan bergelung yang terletak 10 meter tinggi.

7. Free Fall @ District 21

Tarikan yang ini lebih kurang macam bungy jump tapi yang menariknya ia dilakukan di dalam bangunan. Nampak macam senang kan? Try main sendiri la der!

8. Sky Trail @ District 21

dare

Apa-apa yang berkaitan dengan ketinggian ini memang menguji keberanian. Kalau nak tahu sama ada korang jenis yang gayat atau pun tidak, eloklah cuba sky trail ini. Terdapat 23 level kesukaran yang boleh korang pilih.

9. Tubby Ride @ District 21

Untuk korang yang ada menyimpan angan untuk main gelongsor dekat negara yang ada salji, lupakan angan itu sebab dekat District 21 pun ada. Spoiler alert, salji tak ada. Haha

10. Carousel @ District 21

kuda

Tarikan ini memang dibuat untuk anak-anak kecil. Sekali naik RM5.

11. Go Pedal @ District 21

goo

Juga sesuai untuk kanak-kanak dimana mereka boleh membawa go kart yang dijanakan dengan kekuatan kaki. Yang mana kaki laju itu memang laju lah go kart dia pergi.

So macam mana ada keinginan untuk datang ke District 21 ini tak? Ajak kawan-kawan sekali, baru lah best! Yang mana penakut tinggalkan je.

SKIP THIS AD ×