berita

12 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Tok Guru Nik Aziz

February 13th, 2015 | by Ai | 20 comments
7.7K
reads
1
shares
Kini Trending

Nik_Abdul_Aziz

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan pengikut Tok Guru Nik Aziz atas pemergian beliau pada jam 9.45 malam semalam.

Syukur Alhamdulillah jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz telah selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang mengharukan, majlis pengkebumian Allahyarham telah dihadiri oleh selautan umat manusia yang benar-benar menangisi pemergian beliau. MasyaAllah, sesungguhnya amat besar kemuliaan yang Allah S.W.T berikan kepada Tok Guru Nik Aziz.

OBJECT NAME

Bagi yang masih belum mengenali keperibadian TGNA, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk membacanya di bawah ini.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

nik-aziz2

Nama sebenar beliau ialah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.

Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Salasilah Keluarga Ulama

nik2

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara.

Mendalami Ilmu Agama Sejak Kecil

nik aziz+abby

Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pemegang Ijazah Sarjana Kehakiman & Perundangan Islam

mg_9868

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Buka Sekolah Dengan Tanah Wakaf

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka.

Beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin pada sebelah pagi dan petang. Manakala, sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Seorang Ahli Politik & Pemimpin Yang Hebat

Tokguru1

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua kaum kerana hujah-hujah beliau dapat mengangkat politik perkauman sehingga dapat melangkaui pertelingkahan di kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan nilai-nilai agama Islam adalah konsep universal yang akan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia” – Ahli Parlimen Batu, Tian Chua

Pendakwah Yang Petah Bercakap

Nik-Aziz-ceramah-13042013-SSF

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Aktif Dengan Pondok Bergerak

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Berkahwin Pada Usia 34 Tahun & Dikurniakan 10 Anak

166577_478770772591_358919387591_6438190_4929093_n

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Gemar Bersolat Dalam Keadaan Gelap

mg_9999

Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya – Kembara Di Bumi Allah

Gemar Berqiamullail

Perkara ini diceritakan oleh seorang individu di laman blognya. Ketika itu dia dan kawan-kawan menyertai rombongan mengiringi TGNA ke Birmingham dan bermalam di Coventry.

Malam itu semua orang tidur dalam keadaan letih. Tanpa diduga, tidak lama menjelang subuh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggerak kami, memaklumkan yang beliau berqiamullail dan jika ada yang mahu bersama, beliau alu-alukan.

Semasa bersarapan, saya bertanya kepada Tuan Guru, bagaimana beliau boleh bangun berqiamullail walaupun berbeza waktu antara Malaysia dan UK. Adakah kerana jetlag, atau beliau tidak tidur sepanjang malam? Tuan Guru menjawab dengan lebih kurang maksudnya, “satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita”. – Saifulislam.com

“Jika tidak berpolitik ambo nak sambung mengaji” – TGNA

Di dalam entri yang sama turut diselitkan ini:

Semasa beliau singgah di London, saya bertanya kepada Tuan Guru satu soalan yang sensitif. Saya tanya, “Kalau Tuan Guru tidak menjadi Menteri Besar atau ahli politik, apakah yang akan Tuan Guru lakukan barangkali?”

Tuan Guru menjawab, “Ambo suka mengaji. Jika tidak berpolitik ambo nak sambung mengaji. Tetapi mengaji dan politik payah nak buat bersama. Sepertinya kena memilih satu antara dua.”

51423750967_620x300

Kami doakan agar roh Allahyarham Nik Aziz dicucuri rahmat dan moga ditempatkan bersama para ahli Syurga. Amin.

Sumber: Facebook

20 Comments

  1. nok gebuzzz says:

    hebat nya TGNA,semoga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman…Al fatihah…..

  2. Ali says:

    Orang baik, meninggal pun di hari yang baik. Di dunia lagi Allah dah tunjuk kpd orang yang memperjuang dan menegakkan Islam. Kepada mereka yang mengata, mengutuk dan memfitnah allahyarham, hari ini lihatlah kebaikan dan rahmat yang Allah tuhan yang maha gagah perkasa berikan kepada insan yang korang kata, kutuk dan fitnah.

  3. kek says:

    kami pasti merindui insan ini…tiada galang gantinya..

  4. cecitececite says:

    Selalu mengagumi beliau sbg seorg anak,ayah,atuk,politician dan mukmin.

  5. menoname says:

    Al-Fatihah…amin…sesungguhnya kehilangan Allahyarham Datuk Nik Aziz amat dirasai…Subhanallah…Allahu Akhbar…

  6. nyah says:

    nyah sgt menggagumi beliau..nyah sgt sedih dgn pemergian beliau..mohon nyah dpt petunjuk jugak satu ari nanti..

  7. Marie says:

    Such a great.Not only respect by muslim but also non muslim.Realise it or not he can unite us.Moga kepimpinan beliau menjd titik tolak,panduan para pemimpin hari ni..A great leader.

  8. Leman says:

    Kematian saudara sesama Islam memang patut memberikan keinsafan kepada kita. Cara dia mati. Cara jenazah dia dihormatkan oleh yang masih hidup. Itu semua pengajaran. Tapi jangan terlalu menyanjung sampai terlupa yang manusia yang paling agung adalah Muhammad bin Abdullah, utusan dari Allah. Tiada manusia yang lebih mulia dari Baginda. Manusia datang dan pergi. Allah tetap ada. Quran tetap ada.

    • Ali says:

      Saya bukannya mengagung2kan allahyarham sampai peringkat menyembah beliau. Selama allahyarham menjadi MB kelantan, allahyarham telah ditohmah dengan kata2 nista dan difitnah dengan pelbagai fitnah sampaikan peringkat allahyarham dituduh sesat. Manusia yang dituduh sesat semasa hidupnya diangkat darjatnya oleh Allah swt. Allah tunjukkan kekuasaannya dengan menurutkan rahmatnya kepada allahyarham. Lihat sahaja lautan manusia datang solat jenazah. Mohon kita muhasabahkan diri. Jangan hina orang2 alim. Kalaupun kita tidak bersetuju dengan mereka kerana perbezaan fahaman politik, jangan fitnah dan lemparkan kata2 kejian.

  9. emily says:

    Tak berhenti menangis bila mengenangkan.. terima kasih dan tahniah oh bulan sebab siarkan perihal tentang tok guru, bukan blog hiburan yang kosong semata. Ramai orang melihat tok guru sebagai tokoh politik, tapi say amelihat tok guru sebagai murabbi, sedihnya sebab selama 25 tahun saya di malaysia saya amat membenci beliau kerana membaca berita berita dan menonton berita media mainstream. saya pernah mengatakan beliau menggukana agama untuk politik. Allah hantar saya ke luar negara membuat saya membuka mata (mungkin saya tak dapat baca media mainstream, satu persatu kebaikan beliau saya baca. bila ada berita yang kurang baik, saya pasti mencari. Sedihnya kerana pada saat hidupnya ulama’ di layan, difitnah sebegitu rupa. Pernah beliau meminta peluang untuk keluar di media untuk membuat ucapan hari raya untuk rakyat negerinya, tapi tidak diberikan peluang (menulis ini saya sekali lagi menangis). Tok guru telah siapkan tugasnya di dunia, dijemput Allah untuk berehat. Tinggallah kami..sang pendosa (maaf buat macam blog saya lah pulak)

    • ummi says:

      emily, buka awak saja. tp saya pn membesar dgn cerita2 negatif ttg arwah dia akhbar & berita2.saya mmg tk suka dgn arwah pd mulanya. hinggalah 1hari Allah beri peluang saya berjumpa arwah. dlm sekelip mata 100% pandangan saya terhadap arwah berubah. begitulah hebatnya aura murrabbi ini. kemudian Allah pertemukan jodoh dgn suami yg sangat2 menghormati arwah. kdg2 saya saja berdebat dgn suami ttg arwah. mmg apa yg diperkatakan husband ttg arwah & peribadi yg arwah tnjukkn sama. buatkan saya lebih menghormati beliau. makin org mengata mcm2 ttg arwah, makin saya menghormatinya. saya lgsg tk ambil peduli ttg cerita2 negatif ttg arwah & kita dpt lihat pengakhiran hidup arwah yang cukup, cukup, cukup indah….saya pernah menangis waktu lihat gbr2 jijik arwah dibuat oleh pihak lawan. saya menangis waktu dia melepaskan jawatan MB.tp waktu dia meninggal saya tk menangis, sebaliknya bersyukur kerana pengakhiran ug indah buat arwah sekaligus menutup mulut mereka2 yg jahat mengata mcm2 ttg arwah. dia dicaci oleh mereka yg seagama dgn nya, tp sebenarnya dia disayangi oleh Allah….

  10. Akoo says:

    Arwah seorang yg sangat tinggi ilmunya, bukan mudah utk mencapainya, hanya kesabaran mampu mengatasi. Wahai pemimpin yg lain, ikutilah jejak beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amin….

  11. gm says:

    jodoh sampai ke liang lahad, arwah dan isteri. :’)

  12. ena says:

    semua berita dalam malaysia nie adalah dajal besar yb paling dajal tv3

  13. abuya says:

    pergi tak kembali , hilang sukar di cari ganti…

  14. rora says:

    walaupun saya umno, tpi saya islam , saya sedih juga dgn pemergiannya .

  15. olga says:

    weird . haha

  16. mohd firdaus says:

    al_fatiah