berita

13 Cara Jimat Duit Untuk Majlis Pertunangan Yang Grand

January 5th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang
erin-malek-bertunang-4

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2015. Macam biasalah bila masuk tahun baru je mesti akan ada azam baru. Share lah sikit apa azam tahun baru korang? Nak beli rumah? Pergi melancong ke Europe? Atau nak bertunang? Kalau nak bertunang, kami OHBULAN! ada tips berguna untuk korang!

Disebabkan kos kehidupan yang makin lama makin meningkat terutamanya di bandar-bandar tumpuan, ramai yang terpaksa fikir dua kali bila bercakap mengenai mendirikan rumah tangga. Rasanya yang paling menerima tekanan bila cakap pasal kahwin ini lelakilah. Kalau dah hantaran sampai berpuluh ribu, mana nak cari duit banyak itu?

Orang Melayu kita memang tinggi dengan adat dan budaya. Sebelum berlangsung majlis perkahwinan mesti nak buat majlis bertunang dulu kan? Kalau diperhatikan zaman sekarang ini, kemeriahan majlis bertunang pun dah macam majlis perkahwinan. Untuk korang yang dah plan untuk melangsungkan majlis pertunangan bersama dengan kekasih hati, kami kongsikan tips bagaimana nak jimat duit, tapi masih mampu mengekalkan tahap grand majlis itu.

1. Beli Barang Hantaran Di Lazada/Zalora /Reebonz

zall

Untuk korang yang kurang minat dan tak pernah berbelanja online,tips yang pertama ini korang patut ambil tahu. Sepanjang pengamatan kami kebiasaannya Lazada atau pun Zalora selalu menawarkan diskaun apabila korang berbelanja dengan mereka. Memang sesuai sangatlah untuk korang yang nak beli barang keperluan untuk bertunang tetapi dengan harga yang berpatutan.

2. Reka & Pasang Sendiri Pelamin

pell

Untuk majlis pertunangan rasanya korang boleh reka dan pasang sendiri pelamin. Lagi pun pelamin yang ingin dibina tidaklah serumit pelamin untuk berkahwin. Atau mungkin korang boleh google sendiri rekaan mini pelamin yang simple dan mudah untuk dipasang.

3. Dapatkan Quotation Makanan Daripada Beberapa Catering

catering

Langkah yang pertama ialah kira anggaran tetamu yang bakal hadir berdasarkan jemputan. Selepas dah dapat jumlah anggaran tetamu yang bakal hadir, cuba untuk hubungi beberapa catering dan dapatkan quotation daripada mereka. Melalui cara ini korang akan dapat memilih catering yang mana menawarkan harga yang berpatutan.

4. Pinjam Khemah AJK Surau

http---makeagif.com--media-1-04-2015-yrhquX

Kebiasaannya surau atau masjid mempunyai khemah mereka sendiri. Korang boleh cuba slow talk dengan mana-mana AJK surau berkenaan untuk pinjam khemah. Tapi pastikan korang jenis yang selalu pergi masjid lah. Pelik juga kalau batang hidung pun tak pernah nampak alih-alih nk pinjam khemah surau.

5. Dapatkan Bantuan Rakan Jadi Photographer

wedd

Kalau korang nak bertunang lagi dua bulan, mulakan untuk berbaik dengan kawan-kawan yang pandai menggunakan DSLR. Masa bertunang nanti mesti korang nak ada official photographer juga kan? Nak juga buat photoshoot.

6. Cincin Tunang Beli Daripada Groupon

cinnnn

Nak bertunang of course lah kena ada cincin, kalau tidak nak sarung apa nanti. Tapi kami faham harga cincin sekarang bukannya murah macam nak beli ikan. Jadi kami sarankan korang register groupon dan survey harga cincin dekat situ. Mana tidaknya kadang-kadang itu sampai 70% diskaun! Memang berbaloi!

7. Sediakan Bajet Yang Sesuai Dengan Kemampuan

kiraaa

Luangkan masa untuk berbincang dengan pasangan korang tentang majlis pertunangan yang bakal dilangsungkan. Cuba untuk memahami tahap kewangan pasangan korang agar segala perbelanjaan masih mengikut bajet.

8. Make Up Sendiri

jenn

Kalau korang ada kawan-kawan mahupun sanak saudara yang pandai make up, minta bantuan daripada mereka je. Atau kalau tak ada juga, kami sarankan make up jela sendiri. Tak perlulah make up tebal-tebal, asalkan nampak cantik.

9. Hantaran Tak Perlu Banyak Macam Nak Kahwin

barang untuk hantaran (2)

Dah jadi trend pula sekarang majlis pertunangan pun kena ada hantaran macam majlis perkahwinan. Kami sarankan korang berbincang dengan pasangan barangan hantaran yang ingin dibeli. Pastikan barang yang ingin dibeli tersebut dipakai di kemudian hari. Contohnya pakaian dan set perfume. Untuk lebih jimat, korang gubah je sendiri hantaran tersebut mengikut citarasa korang.

10. Pinjam Dulang Hantaran Daripada Sanak Saudara/Jiran

dulang

Seperti tips nombor 5 kami di atas, mulakan berbaik-baik dengan sanak saudara mahupun jiran-jiran yang ada dulang hantaran. Jadi tak perlulah korang beli dulang baru sebab harganya bukan murah.

11. Masak Sendiri / Rewang

cook

Untuk korang yang nak jimatkan lagi perbelanjaan dan tak nak ambil catering, kami cadangkan masak sendiri. Jemput sanak saudara untuk sama-sama berganding bahu menyediakan hidangan untuk tetamu. Ini secara tak langsung boleh mengeratkan lagi sillaturahim sesama ahli keluarga.

12. Baju Tunang Yang Tidak Terlalu Mahal

Fizo-dan-Mawar-Bertunang

Seeloknya survey beberapa butik yang menjual pakaian yang sesuai dengan majlis pertunangan tetapi dengan harga berpatutan. Tak pun korang boleh berbelanja masa ada jualan murah.

13. Simple Doorgift

door

Kebiasaannya ada orang bagi doorgift dan ada yang tidak. Kalau korang plan nak sediakan juga doorgift, mula dengan kira anggaran tetamu yang bakal hadir dan ambil kira jenis doorgift yang hendak diberikan. Iyalah ada orang bagi makanan, ada juga yang bagi mug dan sebagainya. Selamat bertunang!

SKIP THIS AD ×