berita

3 Hari Diskaun Kaw-Kaw Sempena 0% GST, Meh Datang One Living Subang Jaya!

August 6th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Nak beli barang elektrik baru untuk rumah sendiri pun tak mampu, inikan pulak nak belikan untuk orang. Tengok poket pun macam sempit je. Susah nak cari kedai yang murah. Kat mana nak dapat barangan elektrik yang berkualiti tapi murah ek?

Rasanya korang dah tak perlu risau lagi. Kami tahu korang boleh cari barangan elektrik yang murah tu kat mana. Tapi berita ni korang kena sebarkan kat keluarga dan member korang tau. Confirm diorang suka punya la! Nak tahu kat mana?

Jualan besar-besaran di One Living Subang Jaya sempena 0% GST

Wow! Ni berita gempak! One Living akan buat Jualan Sempena 0% GST One Living Subang Jaya selama TIGA hari. Jualan akan bermula pada 10 Ogos 2018 hingga 12 Ogos 2018, jam 10 pagi hingga 9 malam. Pelbagai barangan elektrik yang ada untuk korang pilih!

One Living Subang Jaya ada menjual barangan elektrik dari yang kecil sehingga besar seperti penghawa dingin, tv, peti sejuk, mesin basuh, kipas, seterika, periuk nasi dan banyak lagi. Jenama yang ditawarkan pun terkemuka. Best tu!

Datang beratur awal pagi, siapa cepat dia dapat!

Jualan bukan biasa-biasa, mesti ramai orang. Kami cadangkan korang beratur dari pagi kalau nak dapatkan promosi yang korang nak. Baik ajak keluarga atau member korang sekali. Sambil beratur tu, berbual dengan diorang. Tak ada la terasa lama!

Diskaun hebat sehingga 80%, tak boleh tolak langsung!

Rugi kalau korang tak datang ke Jualan Sempena 0% GST One Living Subang Jaya. Diskaun barangan kat situ sehingga 80% wei. Harga sangat murah dan berbaloi. Memang meletop! Cuba korang tengok kat bawah ni..

Kan kami dah cakap! Dah la jenama hebat, berkualiti, murah pulak tu. Ada mesin basuh tu harganya RM376 tau. Korang pasti tak boleh tolak langsung bila tengok benda ni. Kalau ada barangan elektrik yang dah lama tu, elok tukar la ea. Hee..

Tapi korang pasti tertarik dengan dengan hair dryer yang dijual dengan harga RM12 je. Tak masuk akal langsung. Lagi satu, ada jug kettle yang dijual dengan harga RM59 je. Nak angkat satu la macam ni. Murah sangat. Fuh!

Barang kat rumah belum lengkap, boleh cari di One Living Subang Jaya

Kalau rasa ada barang kat rumah yang belum ada lagi, boleh la cari semasa Jualan Sempena 0% GST One Living Subang Jaya. Banyak jenis barangan elektrik yang akan dijual. Harga pun mesti murah kaw-kaw waktu ni. Sampai tak tahan tengok! Ni haa kedainya.

Senang je nak kenal One Living Subang Jaya ni. Korang boleh Waze ke One Living Subang Jaya – 03USJ. Kalau korang nampak kedai dengan papan tanda LED yang sangat terang kat kawasan tu, tu la dia! Tak sesat punya. Hehe.

Pelbagai promosi yang gempak, bukan setakat diskaun je!

Tak sabar nak pergi kan? Kalau korang nak tahu, bukan setakat promosi diskaun je yang ada. Jualan Sempena 0% GST One Living Subang Jaya pun ada promosi istimewa! Meh kami bagitahu korang..

Promosi PWP iaitu Purchase With Purchase ni memang hebat! Kalau korang beli sebarang produk Isonic TV, boleh beli Android TV Box dengan diskaun yang gempak. Korang kan suka tengok movie dan drama, so kena la dapatkan Android TV Box ni.

 

Korang peminat setia produk Philips? Nah promosi istimewa untuk korang. Boleh dapat baucar AEON secara PERCUMA kalau beli mana-mana produk Philips di One Living sewaktu Jualan Sempena 0% GST One Living Subang Jaya dibuat. Nilai baucar bergantung pada produk yang dibeli. Syok gila!

Hadiah lumayan dalam Contest Like & Share, nak tak?

Wah, ada contest la! Boleh join ni. Korang berpeluang memang hadiah gempak iaitu Multi Cooker FR4950 yang bernilai RM470 secara PERCUMA! Follow steps kat bawah ni. Tak susah mana pun.

  • LIKE Facebook One Living Sdn Bhd dan post ini. [KLIK SINI UNTUK LIKE]
  • Share post tu (jangan lupa set jadi public) dan komen “ I want to join One Living Subang USJ – 03usj 0% GST Sale! ! starting from 10 – 12 August 2018! 
  • Contest berakhir pada 8 Ogos 2018 , jam 11:59 malam.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak.

* Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2018 .
* Pemenang boleh ambil hadiah mereka dari outlet One Living Subang Jaya – 03USJ pada 10 hingga 12 Ogos 2018 .
* Tertakluk pada terma dan syarat.

Promosi tiga hari je, cepat dapatkan barangan elektrik yang korang nak!

Korang mesti tak sabar nak bagitahu keluarga dan kawan korang pasal benda ni kan? Promosi selama tiga hari je, so kena cepat datang dan dapatkan barangan elektrik yang korang nak tau. Nah, info lengkap untuk event tu. Share kat diorang. Boleh shopping sampai pengsan kat One Living Subang Jaya nanti.

Jualan Sempena 0% GST One Living Subang Jaya

Tarikh: 10 Ogos 2018 hingga 12 Ogos 2018 (3 hari)

Masa: 10 pagi hingga 9 malam

Alamat: 41, 43 & 45, Jalan USJ 10/1A, Taman Seafield Jaya, 47610 UEP Subang Jaya, Selangor.

Waze: One Living Subang Jaya – 03USJ (https://waze.com/ul/hw281re7b2)

No tel outlet: 03-5632 7948

Hotline: 1700-81-8480

Paling penting! Kereta tu jangan lupa kosongkan dulu. Korang kan kalau shopping, mana nak ingat dunia. Hehe. Jualan dijalankan selama tiga hari. Kalau tak sempat pergi hari pertama, boleh pergi hari kedua atau ketiga okay?

Kalau korang nak info tambahan, boleh like dan follow Facebook One Living Sdn Bhd kat bawah untuk ketahui perkembangan terkini mereka. Jangan lupa ajak keluarga dan member korang ke One Living Subang Jaya. Jumpa kat sana!

SKIP THIS AD ×