Malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi aktres jelita Anzalna Nasir dan pilihan hatinya, Hanif Zaki di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan Royal British/Fairytale, resepsi tersebut berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis yang meraikan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini.
Menariknya, majlis gilang-gemilang kedua mempelai ini menampilkan kelainan daripada majlis resepsi artis-artis lain. Jom ushar 3 perkara unik dalam resepsi #Hanzalna ini!
1. Gaun Pengantin Anzalna BUKAN Berwarna Putih!
Sesuai dengan tema Royal British/Fairytale, gaun pengantin Anzalna ini memukau setiap tetamu yang hadir. Jika warna putih sudah terlalu klise dipakai pengantin pada hari resepsi mereka, Anzalna bijak memilih gaun berwarna-warni yang menyenangkan pandangan mata. Ternyata kelainan ini menjadi apabila dia tampil unik di hari bahagianya!
Gaun unik tersebut adalah hasil ilham dan rekaan kreatif Teuku Putra Aziz. Ia turut mendapat pujian pereka fesyen tempatan berprofil tinggi, Rizalman Ibrahim.
2. Doorgift by Dior!
Baju dah ikut tema, of course lah doorgift pun nak ikut tema, kan? Hebatnya, doorgift resepsi ini ditaja oleh jenama wangian dan kosmetik British terkenal iaitu Dior.
Memang gempak dan lain dari yang lain, rakan artis macam Hanis Zalikha dan Nora Danish pun excited upload gambar doorgift unik ni di Instagram mereka!
3. Baju Fazura ‘Setanding’ Pengantin!
Selain gaun Anzalna, busana yang disarung Fazura mencuri perhatian mereka yang hadir di majlis resepsi #Hanzalna malam tadi. Kebaya moden yang ditempah khas itu adalah hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Baju cantik dipakai oleh orang cantik, bertambah cantiklah jadinya. Tengoklah tu, sampai rakan-rakan artis pun tak nak lepaskan peluang bergambar dengan Fazura!
Nah, kami belanja lagi gambar-gambar sekitar majlis resepsi #Hanzalna ini buat tatapan anda!
Kami dari OhBulan mendoakan kebahagiaan Anzalna dan Hanif sehingga ke akhir hayat. Semoga dapat membina rumahtangga yang mawaddah, sakinah dan warahmah sepanjang masa. Amin.
Sumber: Anzalna, Nora Danish, Fazura, TV3