berita

4 Benda Yang Korang Akan Rindu Kalau Ni Filem Pitch Perfect Yang Last!

December 13th, 2017 | by Azyanshor | 0 comments
95.5K
reads
1.4K
shares
Filem Antarabangsa

Korang ingat tak lagu Cups yang famous dulu? Semua orang try nak buat bunyi guna cawan sambil menyanyi lagu When I’m Gone atau lagi famous dengan panggilan “ The Cups Song“! Admin pun ada try jugak nak buat tapi tak jadi. Hancur habis bunyi cawan tu. So mana yang berjaya buat tu, tahniah lah yer!

Tapi tanpa korang sedar, Pitch Perfect 1 dan 2 ni ada banyak valuenya tau. Bukan lawak semata -mata. So, kitorang listkan beberapa perkara yang akan buat korang rindu dekat The Bellas ni kalau lah PITCH PERFECT ini yang terakhir!

Persahabatan antara Pitches

Macam korang tahu, time PITCH PERFECT 1, Bellas baru nak kenal antara satu sama lain. Jadi time tu asyik gaduh je kan? Sebab si Aubrey tu kan nak sangat menang kan? Tapi lama-lama mereka jadi best friends! Semua orang dalam group tu jadi rapat antara satu sama lain. Admin adore sangat persahabatan diorang macam sweeeetttt sangat! Kalau ada apa-apa terus je confront!

The Bellas cover lagu best gila weyy!

Ada tak yang terus download lagu-lagu yang Pitches tu nyanyi dalam PITCH PERFECT 1 dan 2? Admin buat weyy! Terus je listkan lagu apa diorang nyanyi tu. Sebab best gila kot. Ada lagu terus jadi lain, ada lagu jadi makin sedap. Tang remix-remix tu memang minat habis! Kalau dia menari tu eh admin pun rasa nak menari sekali! Ada lah juga try nak buat beatbox ikut diorang. Tapi kelaut jadinya.

Fat Amy paling lawak! Cute pula tu!

Ya ampun Fat Amy punya scene tak pernah tak lawak! Ada je yang dia buat. Kadang-kadang rasa lawak tapi kadang-kadang rasa geram pulak. Selamber dia je kan nak buat atau cakap apa-apa? Part dia nak ngorat Bumper balik tu memang epic wey. Dia siap dayung sampan! Drama queen betul dia ni kan?

Semangat tidak cepat putus asa

Walaupun dah kena warning dengan pengetua diorang time Fat Amy buat hal dalam PITCH PERFECT 2, diorang tetap cari jalan nak lepas dari hukuman tu! Macam mana? Dengan masuk World’s Championship of Accapella! Punyalah tak nak give up, diorang masuk je walaupun takde American pernah menang.

Nekad untuk teruskan perjalanan walaupun takut dengan team Das Sound Machine dari Jerman tu! Ha, semangat gila kan? Tulah kalau nak kan sesuatu korang kena kuatkan semangat macam diorang ni!

Seriouslah ni filem yang terakhir? Alaaaa!

Admin akan rindu gadis-gadis Pitches jika ini filem Pitch Perfect yang terakhir. Kalau yang PITCH PERFECT 1 dan 2 pun admin dah tengok ulang-ulang kali. Ini pula kalau ini yang terakhir! Kalau korang nak tahu PITCH PERFECT 3 kali ini mengenai team The Bellas yang berpisah selepas menang World Accapella Championship tu! Diorang baru sedar yang tak ada pekerjaan untuk pemuzik yang hanya menggunakan mulut dan bukan instrument. Tapi, mereka berpeluang untuk bersatu kembali untuk USO Tour!

Apa USO Tour? Kenapa Becca dah tak kerja syarikat rakaman yang dia kerja masa PITCH PERFECT 2? Apa dah terjadi dengan team The Bellas? So korang kalau nak tahu kenalah tengok  Awesome Nerds beraksi dengan lagi banyak lagu-lagu menarik dan drama di pawagam pada 28 Disember ni! One last time guys! So korang wajib tengok movie ni! Sebab you’re gonna miss them when their gone!

Most Read Today