berita

4 Itinerary Paling Ngam Untuk Korang Ke India. Menarik Betul!

September 26th, 2017 | by Azyan
Make-It-Senang

Dari kecik sampailah sekarang, admin tak pernah lupa nak tengok cerita bollywood dekat TV3! Dari pukul 2 petang sampailah pukul 5 petang mesti melekat je depan tv. Korang pun mesti macamtu jugak kan? Tak teringin ke nak pergi tengok sendiri tempat diorang guling-guling tu?

Dekat India ni, bukan Taj Mahal je tau yang cantik. Ada banyak lagi tempat menarik yang korang semua kena pergi!

Korang sejenis yang lasak? Setakat holiday biasa-biasa tak layan la…

Bagi yang gemarkan adventure ala-ala Indianna Jones tu, korang boleh melawat daerah Visakhapatnam dan Bhubaneswar. Visakhapatnam ni sering digelar The Jewel of the East Coast” sebab Visakhapatnam ni cantik dia umpama permata di pantai yang biru! Cantik gila! Korang tak payah susah-susah edit dah, air dia memang dah biru clear!

Pantai tu bernama Kailasagiri terletak 16km dari Lapangan Terbang Visakhapatnam manakala Roshikanda Beach pula terletak 30km dari Lapangan terbang tersebut.

Lepas pergi pantai korang boleh pergi ke Borra Caves atau Borra Gahulu yang terletak di sebelah timur India. Dekat Borra Caves ni bukan je ada gua je, ada jugak benda lain seperti Padmapuram Gardens, Tribal Museum, Galikonda View dan juga Araku Valley.

Terbang ke Visakhapatnam dengan AirAsia serendah RM169!

 

Kalau selama ni korang nak pergi tengok kuil-kuil bersejarah mesti pergi Indonesia kan? Kalau korang nak tahu, dekat India ni ada banyak sangat kuil-kuil yang menarik untuk dilawati!

Dekat daerah Bhubaneswar ni ada pelbagai jenis kuil antara yang sering menjadi tumpuan ialah Mukteshwar Temple yang setinggi 34 kaki! Korang boleh pergi ke Mukteshwar Dance Festival yang berlangsung pertengahan Januari setiap tahun! Baru boleh acah-acah filem Devdas!

Selain tu ada juga kuil-kuil menarik yang lain antaranya ialah Brahmeshwar Temple, Rajarani Temple dan juga Yogini Temple.

Brahmeshwar Temple

Rajarani Temple

Yogini Temple

AirAsia akan ke Bhubaneswar sebanyak 4 kali dalam seminggu!

Makan? Yeay!! Kalau boleh nak try semua benda!

Kalau di Malaysia, Penang dan Melaka terkenal dengan street food-nya yang memang marvellous dan murah! Di India, korang boleh rasa merasai pengalaman yang sama di daerah Kolkata.

Banyak tau makanan yang korang boleh cuba. Nampak macam sedap, terliur admin tengok.

Puchka

Kathi Rolls

Kachoori sabzi

Jhal Muri

Penerbangan ke Kolkata sebanyak 7 kali seminggu bermula dari RM199!

Nak posing ala Dilwale, boleh update gambar dekat Instagram.

Para pencinta alam dan yang suka bergambar tu mesti tak senang duduk bila baca point ni. Di daerah Kochi, korang boleh pergi ke Backwater Houseboat Tour dimana korang akan temui ketenangan dengan alam semula jadi. All the way time tour tu, korang akan menaiki houseboat! Tempat dia, cantik gila weyy!

Lari dari kesibukkan di kota dengan harga serendah RM169 !

 

Pengembaraan ke India ini tidak terhenti disitu, korang boleh sambung berseronok di daerah Tiruchipalli pula! Dekat sini ada Air Terjun Puliyancholai. Bukan ada satu je air terjun dekat situ, ada banyak tapi yang paling best mestilah yang paling tinggi iaitu Akaya Gangai Falls!

Ada yang mempercayai bahawa  air terjun tu boleh menyembuhkan penyakit, manakala pokok-pokok disekitar air terjun tu pula ada banyak pokok yang boleh digunakan untuk perubatan.

Ayuh jelajah Tiruchippalli dengan AirAsia! Harga tiket bermula dari RM129 je guys!

Dah pergi bercuti, mestilah nak pergi semua tempat kan?

Siapa yang nak travel semua tempat ni mesti korang tertanya-tanya berapa lama tempoh nak travel antara lokasi yang kami senaraikan tadi tu? Nah! Ini masa yang korang perlukan untuk bergerak menaiki kereta, train dan juga flight!

Tak payah nak susah-susah scroll internet nak tengok macam mana nak pergi sana, AirAsia boleh bawa korang semua terus ke tempat-tempat ni. Hanya click dan pilih tarikh je! Pilih tempat nak landing betul-betul, so that korang boleh pergi dari yang hujung sana ke hujung sini. Jangan risau, semua tempat ni ada AirAsia! Hanya klik-klik je guys, dah sampai!

 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang jadual perjalanan ke destinasi pilihan korang, boleh pergi terus ke website AirAsia di http://bit.ly/2y4JqW4 

SKIP THIS AD ×