berita

‘4 Kali Bertanding, Cukuplah Tu.. Semalam Saya Labuhkan Tirai’ – Altimet

February 12th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang ke 32 di Axiata Arena Bukit Jalil. Seramai 12 penyanyi yang bertanding dan salah seorangnya ialah rappers terkenal Altimet. Altimet mempertaruhkan lagu Amboi yang ditulis sendiri olehnya dan akhirnya memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Di instagram, Altimet meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan kepadanya. Katanya setelah 4 tahun menyertai Anugerah Juara Lagu, kini sudah tiba masa untuk mengundurkan diri.

Cukuplah tu, semalam saya labuhkan tirai

Alhamdulillah. Segala pujian kpd Allah SWT.
4 kali bertanding, #ajl32#ajl30#ajl28#ajl26.
Cukup lah tu, semalam saya labuhkan tirai penglibatan saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu.
Masih tiada rappers yang bertanding dlm AJL sebanyak saya. Saya kata ni bukan kerana riak, tapi kerana ini tanda dari Allah kpd saya utk mengundurkan diri, membuka jalan untuk yang lain.
Saya doakan nanti ada seorang/sekumpulan rappers yang akan pecahkan record saya ni.
Terimalah kasih semua yang mengundi, dan semua yang menyanyi bersama.
Terimalah kasih kawan kawan yang menjayakan persembahan ini. Ini bukan usaha saya seorang. Jauh sekali.
Terima kasih kpd ibu saya yang sentiasa mendoakan kejayaan semua anak anaknya. Kami belajar berkerja keras dan mengejar mimpi kami dari Mama.
Peace.
p.s. bulan 3 kita layan album baru ok?!
#amboiamboiamboi#amboi

Tahniah Altimet!

Tidak dinafikan persembahan Altimet pada malam tadi memang gempak habis. Ramai betul yang terhibur dan turut sama menyanyi di dalam dewan. Diharapkan pada masa akan datang, ada pelapis musik hiphop ini. Tahniah Altimet!

Sumber : Instagram Altimet

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×