berita

4 Resepi Ringkas Kalau Korang Malas Nak Keluar Pergi Kedai Tengah Malam

August 27th, 2015 | by Ash Nordin
MyResipi

MenuMalas

Korang pernah rasa tak, tengah-tengah malam tiba-tiba perut rasa lapar. Lepastu mulalah teringin nak makan macam-macam masa tu. Kedai pun dah lama tutup, nak buat sendiri pula rasa malas. Haaa, harini kitaorang nak pos beberapa menu yang paling ringkas bila perut korang berdondang sayang malam-malam buta nanti.

Nak buat pun bukanlah leceh manapun, menu yang kitaorang nak kongsikan ini agak berbeza daripada maggi, nasi goreng GST yang dah klise semua tu. Rasanya bahan-bahan nak buat 4 menu ni ada je kat dapur korang. Tak perlu nak catat resipi dia sebab senang sangat nak ingat. Selamat mencuba!

1. Spaghetti Olio

Spaghetti_Olio

Okay selalunya bahan yang nak digunakan agak banyak tapi cara nak masak senang sangat! Memandang waktu pun dah larut malam korang hanya guna barang utama sahaja dalam masakan tersebut.

Bahan-bahan :

Minyak, bawang putih, udang/ayam, lada hitam & spaghetti

Cara-caranya :

1. Rebus spaghetti selama 5-10 minit,

2. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang putih.

3. Masukkan udang/ayam dan kacau.

4. Masukkan sedikit garam diikuti dengan lada hitam. Tos kan spaghetti lalu masukkan kedalam tumisan tadi dan gaul sehingga rata.

Daun pasli, olive oil tu rasanya tak payah pun tak pe melainkan kalau semua bahan memang dah ada kat dapur korang. Yang nak makan bukannya ramai pun, sorang je kan cukup buat-buat ‘alas perut’ je.

2. Bread Pizza

Bread-Pizza

Bahan-bahan :

Roti, sos pasta, keju dan sausage

Cara-caranya :

Hanya perlu sapukan tomato puree/sos pasta di atas roti, kemudian letakkan keju dan diatasnya. Panaskan di dalam microwave dalam 2 minit dengan suhu sederhana.

Kalau nak tambah apa-apa kat atas pizza tu korang tambahlah, tapi kalau malas tu dah tahap dewa call je delivery. Hehe

3. Roti Telur Cheese

IMG_8763

Haa, ini menu paling mudah sekali! Cuma kelainannya korang tambah je cheese sebelum disalutkan dengan telur. Bagi yang ‘hantu cheese’ mesti pernah buatkan? Lepas dah goreng hasilnya macam gambar kat atas ni. Yummy!

Bahan-bahan :

Roti, telur dan keju

Cara-caranya:

Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich. Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan. Roti telur cheese sedia untuk di hidang

4. Oreo Cheesecake

Featured-image-oreo-cheesecake-720x340

Oreo cheesecake ni tak perlu nak kena baking pun, tapi agak leceh jugalah kalau nak buat malam-malam. Kena sediakan awal-awal, malam nanti korang hanya perlu ngap je.

Bahan-bahan:

Biskut Oreo , butter, cream cheese, whipped cream, esen vanilla dan gula.

Cara-caranya:

1. Hancurkan biskut Oreo sehingga halus, cairkan butter, masukkan ke dalam bekas oreo tadi gaul sehingga rata dan asingkan. Letakkan adunan kedalam bekas, ratakan sehingga mampat.

2.Pukul whipped cream di dalam sebuah mangkuk sehingga kembang dan asingkan.

3.Masukkan cream cheese, sedikit esen vanilla dan gula di dalam mangkuk yang berlainan kemudian pukul sehingga sebati

4. Kemudian tuangkan cream cheese yang telah dipukul ke dalam whipped cream tadi dan gaul sehingga rata.

5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam bekas oreo tadi. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam dan Oreo Cheesecake sedia untuk di hidang. Senang kan?

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×