berita

4 Sebab Laptop Terbaru Dari Microsoft Jadi Pilihan Terbaik Untuk Korang Buat Kerja

June 28th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Start korang sambung belajar kat universiti, mesti korang dah guna laptop untuk buat kerja kan? Nampak bergayalah kalau ada laptop ni. Kerja pun jadi lebih mudah. Bila dah ada laptop, korang boleh buat kerja kat mana-mana je. Tak gitu?

Bayangkan kalau korang ada laptop yang serba guna dan mudah dibawa ke mana-mana, confirm korang suka! Pada korang yang masih mencari laptop terbaik untuk buat kerja, kami ada cadangan terbaik untuk korang. Nak tahu laptop apa? Ini dia..

Tiga device Surface, nak yang mana?

Kalau korang nak laptop yang serba boleh, berprestasi tinggi dan reka bentuk terulung, elok korang pakai device Surface daripada Microsoft yang terbaru ni. Korang boleh pilih antara Surface Laptop, Surface Pro, atau Surface Book 2. Confirm puas hati!

Yang ni Surface Laptop, sangat berstyle dan laju. Ni untuk korang yang nakkan laptop ada gaya, laju dan security di dalamnya. Sesuai sangat untuk korang yang busy buat kerja dalam satu masa. Wee..

Yang ni pulak Surface Pro, ultra ringan dan serba boleh. Kalau korang jenis yang buat macam-macam kerja, pilih yang ni. Tak menjejaskan langsung pretasi laptop. Korang nak buat apa-apa kerja pun jadi mudah.

Okay, last sekali ni Surface Book 2, prestasi paling mantap. Pada korang yang nakkan prestasi terbaik, ditambah dengan fleksibiliti dan reka bentuk yang inovatif, boleh pilih yang ni. Power gitu!

Sebenarnya, ada beberapa sebab yang membuatkan laptop Surface terbaru ni jadi pilihan ramai. Biar betul? Mesti korang tak sabar nak tahu kenapa kan? Meh kami bagitahu..

Serba boleh, macam-macam kerja boleh buat

Dari laptop ke tablet, desktop ke studio, Surface bagi korang peluang nak buat apa je yang korang nak. Ditambah dengan alat kreatif seperti Surface Pen dan Surface Arc Mouse. Korang pun bebas nak gunakannya untuk buat semua kerja. Best gila!

Prestasi paling tinggi, tak perlu risau pasal bateri dah

Bila guna laptop je mesti habis bateri cepat. Jangan pening! Surface ada jangka hayat bateri yang hebat, pemproses Intel® Core™ yang terbaik, dan juga menyokong aplikasi kegemaran korang. Setiap device Surface ada paparan PixelSense™ resolusi tinggi. Nampak macam real life punya!

Reka bentuk inovatif, yang penting ringan!

Nipis, ringan dan bergaya. Tu yang kami boleh ungkapkan untuk laptop Surface ni. Penjuru yang kemas, skrin sentuh yang awesome, pelbagai pilihan warna dan bahan berkualiti tertinggi. Untuk student, dah tak perlu bawa buku nota yang berat lepas ni. Yang penting, ringan! Hihi.

Terbaik dari Microsoft, semua boleh jalan

Surface direka Microsoft untuk beri pengalaman terbaik buat korang dalam menggunakan Microsoft Office dan Windows. Tak kisah la korang nak guna yang mana satu. Yang penting, semua boleh jalan punya. Memang gempak la!

Ala, tak tahu la nak pilih yang mana satu. Sebab ketiga-tiga ni nampak best dan berstyle! Haa, jangan risau. Klik kat sini kalau korang nak compare antara tiga device tu. Tengok mana yang sesuai dengan korang. Hehe.

Kalau korang nak tahu, korang boleh dapatkan laptop Surface ni kat Thunder Match! Tak tahu kat mana? Nah, kami share outlet yang boleh korang pergi. Simpan tau.

Lembah Klang

  • Plaza Low Yat (Hub), KL –  Lot 4.21, 4th Floor – 03 2856 7916
  • Digital Mall, Seksyen 14, PJ – 02-05 2nd Floor – 03 7499 7368
  • Mid Valley Megamall (Megastore), KL – Lot S-049 & S-050, 2nd Floor – 03 7499 1163
  • Mines Resort City (Megastore), Seri Kembangan – Lot No. L4-41, Level 4 – 03 9544 1551

Lain-lain

  • Gurney Plaza (Hub), Penang, No.170-4-12B, 4th Floor – 04 370 2568
  • Aeon Bukit Indah (Hub), Johor Bahru – S45 2nd Floor – 07 235 558
  • Aeon Bandaraya Melaka, Melaka – Lot S43, 2nd Floor – 06 281 7701
  • Berjaya Megamall (Hub), Kuantan – Lot 63A, 65 & 66, Ground Floor – 09 509 3523
  • Kompleks Karamunsing (Megastore), Kota Kinabalu – Lot 3.76 & 3.83, 3rd Floor, Ground Floor – 08 8251 032

Kalau korang nak info lebih lanjut tentang laptop Surface yang terbaru ni, boleh klik kat laman web Microsoft ni ya. Lepas ni bolehlah bergaya dengan laptop Surface. Nak buat semua kerja pun senang, sebab mudah dibawa ke mana-mana. Yay!

SKIP THIS AD ×