berita

5, 6, 7, 8! Mari Menari Kecergasan Dengan Aedy Ashraf Dan Banyak Lagi Aktiviti Bersama Aplikasi Wanita

October 20th, 2017 | by faris
Shout Out!

Haa, weekend tanpa aktiviti memang bosan gila kan? Yelah, dah 5 hari bekerja, takkan nak duduk rumah makan tidur je? Jangan risau sebab minggu depan pada 27 dan 28 Oktober, Karnival Jom Heboh akan menggegarkan Plaza Angsana, Johor Bahru. Orang Johor siap sedia!

Apa yang istimewa karnival kali ini, dekat sana nanti ada booth aplikasi WANITA iaitu satu-satunya apps kesihatan khusus untuk wanita Muslimah. Macam-macam ada tau dalam apps tu, nak bersenam, yoga, tarian kecergasan, tips fesyen, semuaa!

Dengar cerita, pelakon tampan Aedy Ashraf pun ada tau! Boleh lah korang menari dengan dia sekali nanti, cewahh!

Menari bersama Aedy Ashraf, jangan sampai pecah ovari sudah!

Acara tarian kecergasan ini akan bermula jam 7 pagi, 27 Oktober, jangan terlambat tau! Inilah peluang melihat aktor kacak pujaan malaya di depan mata korang. Nak berselfie pun boleh, bukan selalu kan. Jadi bersiap sedialah dengan pakaian work out anda pada hari tersebut.

Barangan eksklusif WANITA percuma!

Nak cenderamata premium apps WANITA? Muat turun je apps ni di Playstore atau Apps Store dan tunjukkan di booth untuk tebus barangan menarik. Barang free, siapa tak nak kan? Kalau nak tahu, semua kandungan WANITA ini dihasilkan sendiri team Media Prima Digital tau. Nak tau best ke tak, kenalah download sendiri okay?

Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik!

Selain tu juga, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah menarik dengan menyertai cabutan bertuah di booth WANITA. Mana la tahu ada rezeki kan, free-free je dapat hadiah. Teruja ke tidak uols?

Save the date okay! Jangan lupa 27 Oktober nanti, kita jumpa dekat sana. Ajak kawan-kawan semua, kita amalkan gaya hidup yang sihat dah cergas.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×