berita

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #1

September 26th, 2012 | by M
Hollywood

Guiness World Record dipecah! Gangnam Style berjaya mencecah 250 juta tontonan hari ini setelah berada di laman Youtube selama 72 hari sejak dilancarkan pada bulan Julai lepas. PSY turut memaklumkan kepada media bahawa beliau akan tampil tanpa berbaju sekiranya berjaya mencapai tangga pertama dalam carta Billboard 100 – KpopStarz

How I Met Your Mother musim ke-8 menjadi topik carian utama dunia berdasarkan Google Trend dan penonton masih tertanya-tanya identiti isteri kepada salah seorang watak utama, Ted Mosby. Footage selama 0:55 saat turut menyaksikan Barney Stinson berjaya menceritakan kisah cintanya bersama Robin dalam masa yang ditetapkan. – EW

Apa kelayakannya? Ninki Minaj telah dipilih sebagai juri untuk program realiti, American Idol menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan daripada peminat tegar rancangan tersebut. Walaupun sedikit gentar, namun dia tak ambil peduli. Fuh, berani! – MTV

Peminat filem trilogi The Lord of The Rings pasti teruja dengan kemunculan filem sekuel The Hobbit : An Unexpected Journey yang dijadualkan menemui penonton pada 14 Disember 2012. Sekeping poster filem ini telah dilancarkan pada 22 September lepas sempena meraikan minggu J.R.R Tolkien, penulis rangkaian buku The Lord of The Rings & The Hobbit. – EOnline

Ingin mengetahui lebih mendalam mengenai dunia perfileman? Anda kini diberikan 5 sebab untuk memiliki Blu-Ray The Avengers yang telah pun memasuki pasaran dunia, hari ini. – Hollywood

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×