berita

5 #Funfact Tentang Gadis Korea Berhijab Yang Sedang Viral & Bakal Ke Malaysia Bulan Ini

November 5th, 2015 | by Wan | 10 comments
3.9K
reads
Hijabster

ayanakorea

K-pop bukanlah perkara yang asing lagi di negara ini. Nama-nama besar seperti Super Junior, BIGBANG, Beast dan banyak lagi semamangnya cukup popular dalam kalangan peminatnya di Malaysia.

Malah drama-drama hebat dari Korea juga berjaya menambat hati ramai. Lagi-lagi jika artis lelaki, memang digilai dan dipuja.

Namun pernah tak korang tengok gadis muslim Korea bertudung seperti ini? Gadis Korea ini mulai viral beberapa hari yang lalu di laman sosial sudah mempunyai ribuan pengikut di Instagram. Siapakah beliau? Cantik kan?

Satu-satunya dalam keluarga yang memeluk Islam

Screen Shot 2015-11-05 at 1.48.32 AM

Gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Ayana ini merupakan seorang muslim yang menetap di Korea. Sejak akhir-akhir ini dirinya menjadi perhatian pengguna sosial media terutamanya di Instagram.

Iyalah mungkin susah nak jumpa wanita muslim dari Korea yang berhijab seperti ini. Comel pula tu, siapa yang tak tertarik kan?

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, dia satu-satunya dalam ahli keluarga yang memeluk Islam ketika masih di bangku sekolah lagi. Katanya lagi dia memang berasal dari Korea dan menetap di Seoul.

Sangat peramah

Screen Shot 2015-11-05 at 1.45.45 AM

Sikapnya yang ramah dalam membalas hampir kesemua pertanyaan pengikutnya di Instagram membuatkan ramai jatuh hati dan tertarik dengan Ayana. Iyalah kebanyakan kami tengok orang Malaysia yang tanya macam-macam.

Kalau tak percaya, korang try komen dan tanya je apa-apa di Instagram dia, confirm dia jawab.

Bekas juara debat di sekolah

Screen Shot 2015-11-05 at 1.49.52 AM

Bukan calang-calang tau, masa sekolah dulu Ayana ni sangat aktif dalam perdebatan dan mewakili sekolah sehingga bergelar juara.

Penerimaan orang Korea terhadap Islam?

Screen Shot 2015-11-05 at 2.03.21 AM

Ditanya mengenai sikap dan penerimaan orang Korea terhadap Islam, Ayana mengatakan orang Korea tidak peduli tentang Islam. Mungkin ada sebahagian membenci namun jangan risau sebab mereka takkan menyerang.

Untuk pengetahuan, bilangan orang Islam di Korea sangat sedikit malah tidak sampai satu peratus daripada 50 juta penduduknya.

Bakal melanjutkan pelajaran di UIA?

Screen Shot 2015-11-05 at 1.49.08 AM

Jejaka-jejaka yang dah jatuh hati dan mahu berjumpa dengan Ayana ni, jangan risau sebab menerusi bacaan kami di ruangan komen, tahun depan dia akan melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Menerusi post di Instagram, khabarnya dia akan ke Malaysia bulan ini. Pasti ramai yang tengah tunggu tu kan?

Sumber : xolovelyayana

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

10 Comments

  1. semah says:

    cantiknya makhluk tuhan ini…

  2. Maria says:

    tahu pun muslim dekat korea tu sikit.. why not Jakim, ISMA pergi Korea berdakwah .
    Setidak2nya dorang celik pasal muslim…. ni tidak ISMA tu bukan main benci lagi kalau dengar pasal Korea… so macam mana Islam tu nak berkembang ????

    • Harez says:

      Dekat Malaysia ni pun belum dakwah sempurna (sama ada dakwah pada muslim dan non muslim )…nak pergi dakwah kat korea?

      boleh tapi daripada menyuruh orang lain buat sesuatu…cuba buat sendiri. sendiri pergi dakwah daripada mengata orang lain supaya pergi. ada baiknya

      • gong says:

        Define ‘sempurna’ pls. Kalau nak tunggu ‘dakwah sempurna’ kat malaysia baru boleh dakwah kat luar, sampai kiamat la tak boleh berdakwah kat luar

        • Aye says:

          Kebaikan bermula pd yg dekat dahulu, I think Harez tu maksudkan why not buat dakwah dulu sebaik mungkin dekat org2x Msia ni, instead terus pi buat dakwah kat lua cam kat Korea, e.g. boleh refer pd pepatah kera di hutan disusukan..

    • pelajar msia di korea says:

      maaf…jgn bersangka buruk..banyak dah dakwah yg mereka buat di korea tp bukan sng nk tarik mereka ya cik adik oi..

  3. LoNk O Ngki says:

    Cantik sangat tu cwek…. kalo die butuh calon suami… i siap jdi die….

  4. Eah says:

    Pak sberang..bacain…oh bulan…haha welcome..kmu tinggsl di malaysia..or indonesia?…tanya aja

  5. ?? says:

    Pls dont do this to her, you used her photo and story without her permission. She saw this article and she felt very sad about it. I write this comment bcs i just want to protect her privacy. She feel so embarrased with it. As a malaysian we should show that malaysia is a good islamic country to other asian country and people. This article makes her feel uncomfortable, I hope you will delete this article to protect her privacy. Thank you.

  6. hanis.adha says:

    Cantik orangnye