berita

5 Jenis Kawan Yang Boleh Diajak Makan Bersama. Yang Last Sekali Tu Paling Win!

August 30th, 2017 | by Nurul
Shout Out!

Setuju tak kalau kami kata yang dalam dunia ni semua orang perlukan kawan? Ada orang yang mengatakan, “Alaa..takde kawan pun boleh je hidup”. Memang boleh hidup, tapi ada masanya mesti rasa sunyi dan nak ada teman untuk lepak kan? Barulah meriah hidup!

Bukan apa, kawan tu untuk buat teman makan, shopping, melepak dan macam-macam lagi. Makan sorang-sorang pun sendu jugak kan. Selalu jenis kawan macam mana yang korang rasa best untuk ajak buat semua tu?

Di sini kami senaraikan 5 jenis kawan yang paling ‘ngam’ untuk korang bawak makan KFC Bucket Bersama. Ada tak kawan korang yang perangai macam ni?

Kawan yang tak cepat terasa

Ada sesetengah kawan yang bila dia mengutuk kita bukan main sedap, tapi bila kena batang hidung sendiri, mulalah sentap 7 keturunan! LOL!

Bila dah berkawan tu, gurau senda atau gurau kasar ni memang dah jadi wajib bila berjumpa. Aku bahan kau, kau bahan aku. Siapa yang dah kawan lama tu memang cakap lah apa saja. Confirm tak terasa punya!

Lagi penting, bila kita ajak dia makan KFC, dia tak terasa bila kita ambil ayam goreng dia! Haha!

Kawan yang susah senang bersama

Spesies kawan yang macam ni memang rare dan payah nak jumpa. Bukan senang tau nak cari kawan yang sanggup bersusah payah dan menyokong bila kita jatuh. Yang mengeji ramailah!

Selalunya kawan macam ni kita akan jumpa bila dah bertahun-tahun berkawan. Kiranya, dah jadi macam adik beradik. Kalau korang ada kawan yang selalu ada di waktu korang susah dan senang, hargailah tau. Memang kawan sejati!

Nak lagi sejati, bila dia sanggup kongsi duit dengan korang untuk beli KFC!

Kaki ajak lepak

Jenis kawan yang macam ni selalunya jenis tak kisah dan senang je nak diajak ke mana-mana. “Jom shopping!”, “Jom makan kat sini nak?”, “Jom hiking!”, “Jom holiday!”. Kawan yang macam ni bila kita tanya mesti dia selalu ON!

Senang berkawan dengan orang macam ni sebab dia jenis tak kisah dan tak banyak ragam! Kita pun tak pening kepala.

Lagi best, asal lepak je, dia akan ajak dan belanja korang makan KFC. Hehe!

Kawan yang kaki makan

Kawan jenis ni agak bahaya sebenarnya. Kenapa? Sebab, bila dia makan, dia akan ajak dan paksa kita makan sekali. Haa..kawan yang kaki makan ni bila dia makan, secara tak sengaja kita pun akan terliur.

Tak payah mimpi lah nak diet kalau korang berkawan dengan orang macam ni. Memang hancur lah diet korang.

Yang paling sakit hati, dia makan punyalah banyak tapi badan maintain je. Kita pulak yang badan makin naik sebab ikut dia. Huh!

Kawan yang obses dengan ayam!

Korang ada tak jenis kawan yang suka sangat makan ayam! Bila sarapan, dia makan nasi lemak ayam, lunch pulak makan nasi lauk ayam, lepas tu dinner makan chicken chop.

Kalau takde ayam, memang tak berselera lah dia makan. Korang pulak yang jemu asyik ayam..ayam..ayam!

Tak payah pening-pening, bawak je pergi KFC. Confirm tak jemu, korang pun boleh join sekaki makan ayam!

Tak kira kawan jenis macam mana, yang penting waktu makan semua ‘ngam’!

Macam mana pun perangai atau sikap diorang, bila dah namanya kawan, cubalah terima baik buruk supaya semua jadi ngam.

Apa kata, enjoy ramai-ramai makan KFC Bucket Bersama! Bila berkongsi dan makan ramai-ramai barulah seronok dan terasa semangat persahabatan tu!

Kalau korang nak tahu, KFC Bucket Bersama ni ada dua jenis kombo iaitu Bucket A Combo dan Bucket B Combo.

Bucket A Combo ni memang sesuai lah untuk korang kongsi dengan kawan dalam 2 atau 3 orang tu sebab korang akan dapat 5 ketul ayam, 5 ketul chewy cheese, 1 kentang putar dan sebotol Pepsi (1.5 liter). Bagi Bucket B Combo pula, korang akan dapat 9 ketul ayam, 5 ketul chewy cheese, 2 kentang putar dan sebotol Pepsi (1.5 Liter). So, bolehlah bawa bila ada potluck atau gathering dengan kawan-kawan!

Haa..yang menariknya, KFC chewy cheese ni memang lazat dengan rasa sour cream dan bawang di dalamnya. Memang unik dan wajib korang cuba!

Best dan berbaloi kan KFC Bucket Bersama ni. Lebih seronok apabila dikongsi bersama!

 

SKIP THIS AD ×