berita

5 Kedai Ikan Bakar Yang Pasti Buat Anda ‘Menangis’! Dapat Sambal Kicap Pula Memang Padulah!

May 7th, 2018 | by Amat
Foodies

Apa kata sekali sekala si suami bawa isteri dan anak-anak tersayang keluar untuk menikmati juadah di luar. Apa salahnya melaburkan sedikit duit demi melihat senyuman manis di wajah isteri dan anak. Sudah tentu mereka gembira apabila dapat duduk semeja dan makan bersama orang tersayang.

Tapi masalahnya di mana nak bawa mereka makan? Hmm.. Kalau dapat makan ikan bakar bersama sambal kicap pun macam layan juga ni tambah-tambah lagi dapat pula cicah sambal dan kicap. Jom kita lihat beberapa port ikan bakar terbaik sekitar Lembah Klang. Tengok gambar pun dah tak tahan ni!

1. Restoran Selera Bonda, Ampang

Menu ikan dan sotong bakar mendapat permintaan tinggi dari pelanggan setiap kali singgah di Restoran Selera Bonda. Sotong dan ikan dibakar hingga masak dan dicurah pula sambal yang pedas manis. Pasti menjilat jari punyalah!

Alamat: G-1 Jalan Dagang B/3A, Dagang Avenue, Taman Dagang, 68000 Ampang Selangor.

2. Restoran Planet Ikan Bakar & BBq Steamboat Buffet

Restoran ini juga menyediakan hidangan ikan bakar bersama air asam dan sambal kicap. Pengunjung tak lepas juga untuk menikmati gulai kawah dan steamboat.

Alamat: Lot 27, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati 53140 Kuala Lumpur.

3. Go’Bang Maju Patin Tempoyak

Restoran ini juga menyediakan ikan bakar dan pelbagai menu lauk-pauk yang lain. Menu istimewa di kedai ini adalah ikan bakar patin tempoyak. Korang mesti try sebab rare habis !

Alamat: 19, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai 53300 KL

4. Syakir Ikan Bakar

Ini lagi power! Sambal penuh atas ikan bakar itu. Ada pula sambal kicap, kalau perah limau atas ikan itu memang mengliurkan. Memang nak tambah lagilah kalau macam ini gayanya.

Alamat: Jalan 2A/146, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur.

5. Restoran Ikan Bakar Bunga Kantan

Ikan bakar di sini pun best juga! Siap dibungkus dan dibakar sekali dengan bunga kantan. Bau harum bunga kantan meresap ke dalam isi ikan. Bau pun sudah wangi, apatah lagi rasanya. Pasti menyelerakan tekak mengemar ikan bakar.

Alamat: No 3 Jalan Juruwang B U1/B 40150 Kuala Lumpur

So, tunggu apa lagi wahai pengemar ikan bakar! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan ikan bakar yang pasti tidak akan kecewakan anda.

Most Read Today