berita

5 langkah Ini Buat Raya Korang Lebih Bermakna… Part Last Tu Harus Cuba!

May 23rd, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Ha! Masa-masa nak raya puasa ni la kita nak rapatkan silaturahim antara kaum keluarga, betul tak? Baik yang dekat mahupun yang jauh, kalau boleh kita  tak nak la ada yang rasa terpinggir.

Jadi, hari ni admin nak kongsi dengan korang beberapa langkah yang korang boleh ambil untuk memastikan raya kali ini lebih bermakna bukan hanya untuk diri korang tapi juga kaum keluarga.

Nampak macam rumit je kan? Tapi sebenarnya mudah je. Ikut thread ini jom!

Bantu sediakan persiapan raya!

Ini cara yang paling mudah nak ambil hati kaum keluarga. Apa yang korang kena buat adalah jenguk dapur dan bantu diorangbuat apa yang patut. Jangan la duduk diam main telefon dan tengok tv je. Tak baik macam tu!

Kalau korang tak pandai memasak, korang boleh menyapu, isi kuih atau tukar langsir. Pandai-pandai la korang membantu a.  Kalau tak nanti, takut ada yang berkecil hati.

Jangan Pegang handphone korang!

Ingat! Jauhkan diri korang daripada telefon bimbit! Ini sangat penting. Kalau korang tak buat yang satu ni, percayalah, akan ada yang berkecil hati nanti. Nak main telefon tu tak salah, tapi dah hari-hari bersosial kan? beralah la sikit.

Lagipun masa nak raya ni la kita ada masa nak berjumpa dan berbual dengan ibu saudara yang tinggal jauh.

Sediakan checklist barang!

Nak pastikan raya korang lebih bermakna, korang kena ingat untuk sentiasa mendahului keperluan korang. Jangan terlalu fokus kepada orang sekeliling ye. Sebaliknya, ambil masa dan buat checklist barang yang korang perlukan terlebih dahulu.

Masa tu jika ada extra bajet, bolehlah korang belikan baju atau kasut untuk kaum keluarga korang. Jangan sampai lepas raya korang kena ikat perut dah la!

Jangan menyibuk!

Dah jadi kebiasaan bila orang datang ke rumah, kita akan layan, betul tak? Ini satu nasihat yang korang kena ambik peduli iaitu jangan menyibuk. Jangan sesekali menyampuk bila orang berbual. Bukan apa, kita kena hormat ye dengan tetamu kita.

Sebab tu orang tua selalu pesan, kalau orang tua-tua tengah berbual, jangan menyibuk atau pasang telinga. Lebih baik sibukkan diri melayan tetamu yang lain atau mengemas dekat dapur.

Poh Kong kan ada!

Bagi korang yang berduit atau pasang niat nak gembirakan hati ibu saudara korang, korang boleh bagi je barang kemas Poh Kong! Pasti korang tak kan dibawangkan.  Silap-silap dipuji tinggi melangit lagi. Apa salahnya berhabis untuk insan tersayang sempena Aidilfitri tahun ni kan?

Tambahan pulak, sekarang Poh Kong ada buat promosi yang sangat best bermula dari tarikh 28 Mei ini hingga 30 Jun akan datang. Setiap pembelian dengan nilai RM 1000 dan keatas, korang akan dapat candy jar kristal istimewa. Cantik sangat! Makin meriah raya tahun ni. Candy jar pun mewah! Letop jah oit!

  • ** Sementara stok masih ada.
  • **Tertakluk pada terma dan syarat

Pelbagai rekaan menawan!

Rekaan Anggun 2018 sempena aidilfitri tahun ini dibahagikan kepada dua koleksi utama iaitu Koleksi Bunga Orkid dan juga Koleksi Manja. Menjadikan motif bunga sebagai rekaan utama,  rantai tangan dan rantai leher emas Poh Kong tahun ini tampil berbeza berbanding rekaan-rekaan sebelum ini.Rekaan kali ini lebih terperinci.

Tak dilupakan juga cincin emas diorang yang sentiasa mencuri perhatian semua peringkat umur. Jadi, boleh la nak belikan untuk mak-mak saudara tersayang. Yang pasti emas Poh Kong sentiasa mengikut trend terkini tau!

Miss Petite Turut Mencuri Perhatian!

Tak dilupakan juga koleksi Miss Petite yang bertemakan Fairy, Cutie Pie, Happy Bride, Beauty Treats, Shopping dan Tea Party. Pasti korang terpesona dengan rekaan subang mereka. Tambah pulak, korang boleh mix & match koleksi kali ni.

Bukan apa, koleksi kali ini lebih santai dan kasual. Jadi jangan lepaskan peluang untuk miliki salah satu daripada koleksi ini. Comel-comel semuanya! Sesuai sangat kalau di gayakan oleh si comel korang.

Konklusinya, raya tahun ni akan jadi lebih bermakna dengan adanya Poh Kong. Dapatkan tawaran hebat daripada diorang sekarang jugak. Korang jugak boleh dapatkan semua produk diatas melalui Poh Kong Online Shop iaitu Lazada & Shopee. Mudahkan?

Lepas ni boleh la ambik hati ibu saudara korang. Akhir kata admin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Korang semua! Maaf zahir batin tau! Kosong-kosong!

Website Poh Kong

Facebook Poh Kong

The following two tabs change content below.

Intan Mahsuri

Content Champion
Ceq orang Utara. Easy going, tapi tak suka makan kari... hat lain semua telan ja!

Most Read Today