berita

5 Lokasi Percutian ‘Back To Nature’ Yang Menarik Di Malaysia

January 26th, 2017 | by Arini Saleh
Travelogue

collage3

Bagi pasangan yang baru berkahwin atau keluarga yang sedang mencari lokasi untuk menghabiskan waktu terluang cuti nanti, apa kata korang cuba ke 5 tempat yang kami nak list kan ini. Tak perlu jauh-jauh, dalam negara je guys! Memang sangat berbaloi kerana pemandangannya yang sangat cantik dan suasana yang unik.

The Banjaran Hotsprings Retreat

Screen Shot 2017-01-25 at 12.01.39 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 12.49.27 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 12.53.49 PM

Tempat yang sangat exclusive dan unik ini terletak di Ipoh Perak je. Terdapat dua jenis villa yang disediakan iaitu Garden Villa & Water Villa. Kedua-dua villa ini menyediakan private pool dan private jacuzzi.

Dan buat pengetahuan korang, tempat sebesar 17 hektar ini dikelilingi oleh bukit batu kapur, gua asli, natural waterfall, natural hotspring dan hutan-hutan yang membuatkan tempat ini sejuk, nyaman dan tenang. Memang sangat sesuai bagi pasangan berbulan madu dan mereka yang nak lari dari kesibukan kota.

Bukit Tinggi

Screen Shot 2017-01-25 at 1.07.44 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 12.14.44 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 1.06.25 PM

Bukit Tinggi Bentong Pahang ini merupakan salah satu pusat peranginan tempat tinggi yang popular di Malaysia. Selain daripada suasananya yang sejuk dan udara yang nyaman, pengunjung juga dapat lihat perkampungan bertemakan Perancis iaitu Colmar Tropicale. Struktur seni bina seakan kolonial dengan padanan warna yang sangat cantik membuatkan korang rasa seolah-olah berada di oversea!

Jangan lupa juga ke Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan, taman herba, taman arnab dan macam-macam lagi.

Desa Cattle  Dairy Farm

Screen Shot 2017-01-25 at 1.33.29 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 1.34.43 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 1.37.07 PM

Berada di sini membuatkan korang berasa seperti berada di New Zealand! Mana taknya, tempat ini agak dingin, berkabus dan berlatarbelakangkan Kota Kinabalu. Desa Cattle Dairy Farm ini merupakan salah satu lokasi wajib dikunjungi jika ke Kundasang Sabah. Memang syok!

The Dusun

Screen Shot 2017-01-25 at 3.21.25 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 3.24.24 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 3.26.03 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 3.27.57 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 3.29.25 PM

Bagi sesiapa yang gemarkan keindahan semulajadi, korang patut ke The Dusun Mantin Negeri Sembilan ini. Suasana yang sunyi, nyaman dan menenangkan sangat sesuai untuk sesiapa yang nak lari dari kesibukan kerja. Bayangkan korang bangun pagi terus nampak pemandangan menyegarkan ini. Rasa macam tak nak balik pun ada.

The Dusun yang juga dikenali sebagai The Tropical Rainforest Resort ini terletak di Seremban N. Sembilan. Ada 5 pilihan guesthouse. Dan guesthouse tersebut diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden-tradisional yang unik. Korang buka je pintu dah boleh nampak pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah dan fresh! Dan untuk makluman korang, The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, ada jumlah had tertentu bagi pengunjung yang nak datang. Jadi kepada yang berminat nak datang ke sini, kena booked awal-awal tau!

Bukit Larut

Screen Shot 2017-01-25 at 3.32.16 PM

Screen Shot 2017-01-25 at 3.32.06 PM

Bukit Larut di Taiping Perak ataupun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. Kalau korang nak tahu tempat ni sama macam Cameron je tapi memang best sangat!
Buat korang gemarkan bersenam, apa kata mencuba untuk mendaki bukit larut ini. Boleh la kurangkan lemak di mana mana bahagian tu. Hehe. Tapi jangan risau, korang boleh je naik jeep untuk sampai kemuncak Bukit Larut. View dia sangat awesome dengan udara segar.
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×