berita

5 Penyanyi Malaysia Yang Layak Dikenali Sebab Suara Sedap… Meremang Dengar Mereka Nyanyi Live!

January 18th, 2017 | by Arini Saleh
Video Popular

cover artis

Tak semua artis yang jadi penyanyi tu sebenarnya boleh menyanyi. Ada yang ‘kantoi’ bila diminta menyanyi live sebab tak ada autotune. Ada juga yang diangkat menjadi penyanyi kerana populariti dalam bidang lakonan mahupun kerana memiliki rupa paras menarik.

Kurang dikenali di arena muzik arus perdana tak semestinya bererti seseorang penyanyi tu tak bagus. Kat sini kami senaraikan 5 penyanyi wanita tempatan yang nyanyi sedap gila, tak kiralah versi rakaman atau secara langsung. Check out diorang ni untuk halwa telinga yang mengasyikkan dan tidak menyeksa pendengaran korang!

1. Ernie Zakri

Screen Shot 2017-01-18 at 8.09.50 AM

Ernie merupakan juara pertandingan Bintang RTM tahun 2009. Selain menjadi penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Mula dikenali ramai apabila single terbarunya ‘Jangan Marah’ berkumandang di radio-radio tempatan.

2. Sissy Imann

Screen Shot 2017-01-18 at 8.18.01 AM

Seorang ahli muzik, penyanyi, dan juga pengacara. Sissy ni sebenarnya dah ada huge following. Cuba mengetengahkan pengaruh jazz dalam muzik yang dibawa, sememangnya Sissy Imann singer-songwriter yang unik dan berbakat. Dahlah comel!

3. Wani Kayrie

Screen Shot 2017-01-18 at 8.30.27 AM

Kecil-kecil cili padi! Kalau korang dengar Wani ni nyanyi live kat depan mata, memang meremang bulu roma. Kami berani cakap sekali dengar suara dia macam Whitney Houston! It just a matter of time Wani ni dapat lagu hit yang menyerlahkan kekuatan vokalnya. Jaga-jaga!

4. Iqa Nazra

Screen Shot 2017-01-18 at 8.35.51 AM

Pernah muncul dalam rancangan realiti Mentor 5. Tak payah cakap banyak, korang dengar sendiri dia nyanyi live, mesti korang setuju suara dia power gila!

5. Amira Othman

KUALA LUMPUR 24 MARCH 2016. Penyanyi, Amira Othman pada Showcase Muzik-Muzik 31 di Hard Rock Cafe. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Bekas pelajar Akademi Fantasia ini telah dikenali sebagai pelakon apabila membintangi sebuah drama bersiri tempatan. Rugi kalau korang tak tahu Amira ni mempunyai suara yang sangat sedap! Serius tak boleh bezakan suara dia versi rakaman dengan secara langsung!

Siapa lagi penyanyi Malaysia yang korang rasa deserve untuk lebih dikenali sebab suara dan bakat mereka? Jom kongsi dengan kami!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×