berita

5 Perkara Yang Boleh Rapatkan Hubungan Keluarga! Ada Yang Korang Selalu Buat?

May 3rd, 2018 | by Azyanshor
Gaya Hidup

Dalam pada kita sibuk dengan kerja dan urusan seharian, kita sering kali terlupa betapa pentingnya keluarga kita. Walaupun duduk serumah, kalau dah busy sangat tu mesti tak jumpa pun family korang.

Time pergi kerja diorang tengah tidur, time korang balik kerja pulak, sama ada diorang pulak yang tak ada ataupun dah masuk tidur. Kadang-kadang, dalam seminggu tu tak contact langsung family korang walaupun ada group Whatsapp kan?

Bila free tu, jangan lah asyik tidur je. Ada banyak perkara yang korang nampak remeh, tapi sebenarnya boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dalam korang tak sedar tau!

Rewang waktu kenduri

Rewang time kenduri ni dari dulu, sampai lah sekarang memang masa yang ideal untuk korang merapatkan silaturahim. Bukan dengan keluarga je tapi dengan jiran-jiran dan kawan-kawan pun boleh.

Wah.. ada resipi baru! Nak kene try ni dengan mak dan adik ni!

Memasak memang best, tapi kalau tak ada orang nak makan pun tak syok jugak. Bosan tau makan sorang-sorang ni, silap-silap korang buang je lauk tu nanti sebab banyak sangat berlebih..

Sentiasa masukkan family dalam plan korang tu!

Selalunya, kalau korang nampak kedai makan best, kedai itu viral, kedai ini viral atau nak tengok movie best, siapa yang korang terfikir nak ajak? Ha.. pastikan korang ajak family dulu. Bila korang hang out dengan family ni, mesti korang tak akan bosan sebab dah selesa. Barulah fun .

Teman parents pergi beli barang dapur!

 

Ini memang nampak remeh. Tapi kalau korang ikut parents korang pergi barang dapur, korang boleh tahu apa yang mak ayah korang suka. Bila usia makin meningkat ni, deria rasa ibu bapa korang pun berubah tau. Jadi, ambil sedikit masa dan luangkan dengan mereka, korang mesti tak sangka betapa ibu bapa korang dah berubah.

Family dinner, yeay!!

Ini memang time paling best. Admin setuju sangat kalau korang start amalkan makan bersama-sama keluarga ni. Time ni lah korang boleh update pasal hari korang tu elok ke tidak dengan family. Jangan harapkan Whatsapp group je guys, face-to-face communication pun penting dalam family!

Dari makanan turun ke hati, rakyat malaysia dan makanan berpisah tiada!

Orang kata nak tambat hati lelaki kena mula dari makanan. Tapi sebenarnya bukan untuk suami je, nak tambat hati sesiapa pun kena dari makanan tau! Rakyat Malaysia dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Tak kisahlah makan apa pun, kalau ramai-ramai lagi best. Lagi-lagi kalau terpaksa berebut.

Tak tahu lagi macamana korang boleh tambat hati keluarga dengan makanan?

Ha, jom saksikan drama mini bersiri yang memaparkan bagaimana Wawa mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan resipi supnya yang penuh rasa. Dibawakan khas oleh Knorr!

Boleh beli kat mana kiub Knorr baru ni?

Ha tak sabar nak dapatkan kiub Knorr berwajah baru ni kan? Korang boleh dapatkan kiub Knorrni di Tesco hari ini jugak!

Klik je kat sini! Korang jugak boleh usha FB Knorr, klik sini je!

The following two tabs change content below.

Most Read Today