berita

5 Permainan Masa Kanak-Kanak Yang Sukar Dilupakan! No. 5 Tu, Memang Power Habis!

May 28th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Siapa kat sini budak-budak era 80-an dengan 90-an? Erm…kalau korang diantara kelompok ni, pastinya korang sangat merindui permainan zaman kanak-kanak masa dulu.

Yela, zaman sekarang ni, mana nak ada dah permainan yang korang main dulu. Kanak-kanak sekarang lebih suka bermain smartphone, play station, dan segala bentuk permainan yang berunsurkan digital la, senang citer!

Apa kata, kita throwback sikit mainan budak-budak 80-an dengan 90-an ni. Kasi tau sikit kat budak-budak sekarang permainan kita dulu memang legend! Haha, jom baca!

Main layang-layang

Fuh! Kalau main layang-layang ni, semua pakat berlumba siapa punya layang-layang naik paling tinggi! Kira boleh lawan tinggi kapal terbang la! Haha.

Layang-layang ni, boleh je kalau nak buat sendiri. Janji ada buluh, kertas dan benang. Lepas tu, ikut la kreativiti masing-masing nak buat hiasan atau lukis corak apa.

Kadang-kadang, boleh sampai gaduh nak berlawan punya pasal! Adeh, macam-macam kerenah kawan-kawan bila ingat balik!

Main ting-ting

Permainan ting-ting ni, kebiasaannya dipelopori oleh kanak-kanak perempuan. Tak kira la, budak-budak ke, remaja ke, memang ahlinya wanita.
Mungkin permainan ting-ting takde class sangat bagi budak lelaki. Diorang kan suka permainan lasak! Haha.

Ting-ting ni, korang hanya guna batu dan lukis beberapa petak kat atas tanah. Lepas tu, baling batu ke dalam petak dan kaki korang dikehendaki untuk jengkit keatas dan lompat ke dalam setiap petak. Siapa cepat habis, dia la pemenang!

Senapang kayu atau bedil buluh

Pergh…kalau ingat permainan ni, memang admin terasa sakit la! Yela, sakit kot kalau kena bedil dengan senapang dan bedil buluh ni.

Senapang ni, diperbuat daripada kayu, manakala bedil buluh daripada buluh la. Lepas tu, apa yang korang kena buat adalah masukkan buah cenerai. Buah ni besar guli je, keras dan tumbuh liar kat hutan

Tapi memang best la, lepas tembak terasa macam polis pulak! Haha.

Main guli kena fokus!

Siapa kat sini suka main guli? Mainan ni seronok sebab kena fokus sewaktu bermain. Kalau tak, korang akan balik rumah dengan tangan kosong la. Habis guli korang kena rembat dengan lawan! Haha

Untuk pengetahuan korang, permainan ni ada musimnya. Contohnya, apabila tiba time main layang-layang, semua main layang-layang, bila main ting-ting, satu kampung main.

So, kalau tiba musim main guli, memang korang borong sampai habis la kat kedai sampai kena restock banyak kali!

Baling selipar

Wah….permainan ni, memang legend habis! Kalau korang tak pernah main waktu dulu, sangat rugi!

Sebabnya, permainan baling selipar korang boleh main satu kampung! Memang gempak dan muhibah betul masa main ni! Dah la guna selipar je! Memang jimat!

Lepas tu, korang guna pula selipar jepun yang tebal tu untuk baling ke arah lawan, pergh…memang sakit la! Haha.

Tapi, sekarang ni ada ke kawasan yang selamat untuk bermain? Haa..Eco Grandeur kan ada!#OnlyEcoWorld

Pastinya korang terfikir, masih ada ke ruang atau kawasan yang selamat bagi anak-anak korang bermain bebas seperti tahun 80-an dan 90-an dulu? Haa…korang tak perlu risau lagi kerana Eco Grandeur ada jawapannya! EcoWorld adalah satu-satunya pilihan sesuai unutk korang! #OnlyEcoWorld

Eco Grandeur adalah sebuah unit perumahan yang menjanjikan persekitaran yang nyaman, selesa serta selamat buat korang sekeluarga.

Sumber: Eco Grandeur Show Village

Diinspirasikan daripada kesenian dan semulajadi

Lebih daripada dua puluh peratus Eco Grandeur merangkumi kehijauan dan memberikan peluang yang luas untuk landskap interaktif serta inisiatif pemuliharaan.

Kepelbagaian ini terdiri daripada variasi konsep taman yang berbeza, masing-masing diciptakan khas untuk memenuhi suasana atau keinginan korang dan segalanya dapat di #OnlyEcoworld!

Wah….bestnya! Admin rasa macam dalam mimpi pulak! Lol! Mana taknya, ada pelbagai taman-taman khas yang eksklusif, diinpirasi daripada ciri-ciri kesenian dan semulajadi. Memang susah nak gambarkanlah!

Paling unik, ada bentuk dragonfly la!

Fuyyoo! Eco Grandeur ni memang cantik dan rare la! Ia berkonsepkan dragonfly yang melambangkan kesihatan dan keseimbangan ekosistem alam semulajadi. Memang rugi la, kalau tak miliki!

Lepas tu, di kawasan tasik sekitar town park utama pula didominasi oleh keindahan kehijauan tumbuhan dan tasik yang berbentuk dragonfly. Siap ada simbol dragonfly yang dicipta khas lagi! Ermm apa lagi yang korang nak? Your only choice #OnlyEcoWorld!

Sumber: Eco Grandeur Show Village

Paling penting, keselamatan. Eco Grandeur ni dijaga dan dikawal oleh satu pintu masuk dan keluar utama saja. So, keselamatan korang dan keluarga akan terjamin!

Kalau nak tahu, korang boleh pergi ke facebook EcoWorld dan Eco Grandeur atau lebih lanjut lagi, boleh semak di laman web EcoWorld [klik sini] serta jangan lupa EcoWorld adalah satu-satunya pilihan anda! #OnlyEcoWorld

Haa… kalau nak tengok macam mana suasana tempat ni, jom tonton video kat bawah!

SKIP THIS AD ×