berita

5 Resepi Kerabu Yang Boleh Buat Korang Kecur Air Liur. Yang Last Tu Paling Sedap!

March 30th, 2018 | by Shafika
MyResipi

Biasanya bila sebut sahaja tentang kerabu pasti ramai yang mengenali makanan tradisional ini, namun tak ramai yang tahu bahawa kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi.

Hari ini admin nak kongsikan beberapa jenis kerabu yang boleh korang try dan pasti buat korang makan bertambah!

Kerabu udang & tomato hijau

Udang merupakan makanan laut yang menjadi pilihan ramai orang tapi tidak ramai yang memilih untuk menjadikannya sebagai kerabu. Namun, kalau korang nak kelainan sedikit berbanding hari-hari yang lain, korang boleh cuba resepi ini. sekali-sekala bertukar selera tidak salah bukan?

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-udang-bersama-tomato-hijau

Kerabu peria

Peria tidak akan pahit jika korang tahu bagaimana cara memasaknya, malah korang juga mungkin akan jatuh cinta dengan rasa keenakan kerabu peria ini. Tak perlu bimbang sebab korang hanya perlu mengikut langkah yang disediakan dalam link dibawah untuk mencuba menu ini. Mudah saja!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-peria

Kerabu telur ikan

Telur ikan bukan sahaja boleh dijadikan masak lemak atau dimasak bersama kari, tapi ia juga boleh dijadikan sebagai kerabu yang pasti memberikan keunikan rasa untuk hidangan seisi keluarga. Mudah sangat nak sediakan menu ini, apa kata korang cuba buat untuk makan bersama dihujung minggu nanti?

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-telur-ikan

Kerabu kerang

Ha! Kerabu kerang ini antara kerabu yang paling terkenal dan pastinya pernah menjadi viral kerana texture kerang yang juicy dengan gabungan rasa masam manis hasil daripada bahan-bahan yang digunakan. Cubalah, pasti tak menyesal!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-kerang

Kerabu sotong bersama manga

Mangga bukan sahaja sedap dimakan begitu saja, ia juga boleh dijadikan kerabu dan dimakan bersama nasi. Campuran sotong bersama mangga dalam satu hidangan adalah gabungan yang paling ideal. Korang pasti suka rasa lemak manis dari manga dan rasa kenyal yang dapat dirasai daripada sotong tersebut.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-sotong-mangga

Sumber: MyResipi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×