berita

5 Respon Kami Tentang Drama ‘Bila Hati Berbicara’

October 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Poster Bila Hati Berbicara

Dengan berakhirnya drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang memenuhi slot Akasia selama ini, TV3 sekali lagi mempertaruhkan sebuah drama berkisarkan percintaan untuk tontonan semua.

Drama adaptasi novel yang bertajuk Bila Hati Berbicara itu diterajui oleh muka-muka baru antaranya Syafiq Kyle, Atikah Suhaime dan Hafreez Adam. Bagus juga dapat tengok bakat fresh, kan? Tak adalah penonton bosan sangat apabila asyik pelakon senior je yang terpampang di TV.

Tapi yang jadi persoalannya sekarang ni, berjayakah episod pertama drama berkenaan meninggalkan kesan di hati penonton? Orang kata kalau drama tu best, selalunya episod permulaan dah boleh tangkap jiwa.

Bagi yang terlepas menonton semalam, ni dia 5 komen yang terlintas di fikiran kami tentang episod pertama Bila Hati Berbicara.

1. Syafiq Kyle Kalut

Emir Qasya (Syafiq Kyle)

Screen Shot 2014-10-29 at 12.25.17
Nama Syafiq Kyle memang tak perlu diperkenalkan lagi sebab dah banyak juga drama dilakonkan oleh jejaka yang digosipkan bercinta dengan Uqasha Senrose ni. Bakat lakonannya pun boleh tahan bagus juga. Tapi dalam drama ni, Syafiq macam terlampau mencuba untuk menjiwai watak Emir Qasya yang kelam kabut dalam segala hal.

Penonton jadi penat setiap kali tengok Emir menggelabah melarikan diri bila dikejar wanita. Kami faham mungkin watak tersebut digambarkan sebegitu rupa di dalam novel, tapi mungkin ada pendekatan lain yang boleh digunakan oleh Syafiq supaya lakonannya nampak lebih natural.

2. Atikah Suhaime Mirip Fazura

Tania (Atikah Suhaime) mengetuai penduduk kawasan setinggan untuk bersemuka dengan wakil syarikat pemaju

Screen Shot 2014-10-29 at 12.25.17
Bakat baru dari Singapura ini memang cantik dan sesuai membawakan watak gadis setinggan. Tapi dari awal tayangan sampai ke sudah, kami tak dapat lari dari melihat bayangan Fazura dalam diri dan wajahnya. Gaya lemah lembutnya pun dah serupa selebriti popular itu.

Tapi lakonan Atikah sebagai Tania kurang menjadi bila tiba babak memerlukan dia menjadi agresif dan garang. Kurang feel disitu. Mungkin Atikah masih kaku, mana tahu episod seterusnya kita boleh melihat perkembangan positif pula nanti.

3. Siapa Hafreez Adam?

Badri (Hafreez Adam)
Mungkin ada yang kenal dan ada yang sebaliknya bila Hafreez Adam muncul dalam Bila Hati Berbicara. Sebenarnya drama ini bukan penampilan sulung Hafreez, cuma namanya masih belum cukup popular sejak mula berlakon beberapa tahun lalu. Tapi apa yang menarik tentang jejaka ni, dia seperti ada aura yang mampu menandingi Syafiq Kyle. Iyeke? Kena tengok sampai habis la macam ni.

4. Branding Placement Melampau

Screen Shot 2014-10-29 at 15.01.36
Mungkin The Atmosphere adalah lokasi tajaan untuk drama Bila Hati Berbicara. Sebab tu boleh dikatakan hampir kebanyakan babak dalam episod pertama ini memberi fokus yang agak terlebih di sekitar kawasan komersial ini. Rasa macam tak relevan pun ada juga. Kot ye pun nak promosikan sesuatu, tetap kena jaga elemen penting drama sebab takut penonton bosan nanti.

5. Jalan Cerita Playboy Klisè

Bila Hati Berbicara (7)
Bagi yang tertanya-tanya, drama Bila Hati Berbicara ini mengisahkan tentang Emir, seorang pemaju hartanah bersikap playboy yang tertarik dengan gadis setinggan tapi tak boleh berkahwin sebab mementingkan darjat dan keturunan. Apabila pembantunya mula terpikat dengan gadis yang sama, Emir mula panas hati. Klisè kan, tapi jalan cerita macam ni jugalah yang membuatkan ramai penonton melekat depan TV sampai sejam. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×