berita

5 Sebab Drama ‘Mok Cun’ Mampu Buat Kami Gelak Tergolek-Golek!

September 4th, 2015 | by Noraniza | 10 comments
1.8K
reads
-4
shares
Drama

Betty_Rahmad_Eirma_Fatima_Mok_Cun_OST_Mak_Cun

Ish. Tak puas hati betul kami bila ‘ending’ drama ‘Mok Cun’ semalam bagaikan tergantung! Ada ke patut Pak Akob dan Atol tetap ingin meneruskan pernikahan mereka.

Erm. Cuma kami juga hairan bagaimana drama Mok Cun boleh mendapat tempat di hati penonton sedangkan takde pun unsur-unsur percintaan yang over seperti sesetengah drama tempatan tu!

Cuba kita tengok apa yamg menarik pasal drama Mok Cun ni!

1. Watak Mok Cun yang garang-garang manja!

Mok_cun

Memang geli hati tengok watak Mok Cun yang dilakonkan oleh Erma Fatima ni! Takde control cun langsung. Bawak basikal pun berdesup perginya!

Mok_Cun_mok_cun_1_Agustus (2)

 

2. Watak Atol yang loklaq!

Mok_Cun_mok_cun_1_Agustus (1)

 

Maaflah andai kami cakap watak Aton yang dilakonkan oleh Nora Danish tenggelam disebalik watak Atol yang gila-gila tu! Thumbs up!

3. Kegilaan Manisah terhadap Pak Akob

Mok_Cun_mok_cun_1_Agustus (3)

Kami juga nak puji lakonan Umie Aida yang memang terbaik! Takde control cun jugak dengan loghat utara pekat dok tergilakan Pak Akob!

4. Tapi, Pak Akob Syok kat Mok Cun!

 

Mok_Cun_mok_cun_1_Agustus (5)

Walaupun Mok Cun tu tahu Pak Akob memang syok kat dia, tapi dia ‘eksyen’! Tak nak terima cinta ikhlas Pak Akob. Adoiyai!

5. Watak orang kampung pun sporting habis!

Mok_Cun_mok_cun_1_Agustus (7)

Pelakon extra, tempelan, tukang gosip semua pun memang menghayati watak! Malah, lebih bagus daripada sesetengah artis top Malaysia!

Mok Cun pergi Thailand pulak?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior, Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)