berita

5 Sebab Filem Kuntilanak Kali Ini Buat Kami ‘Histeria’. Memang Terbaik!

June 11th, 2018 | by Shafika
Filem Antarabangsa

Siapa disini merupakan seorang peminat filem seram? Khas buat peminat filem seram, tahun ini sekali lagi Rizal Mantovani kembali lagi dengan filem seram Kuntilanak versi 2018. Kalau sebelum ini, filem dari Jakarta ini antara yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, agaknya apa pula rating pada tahun ini?

Baru-baru ini, kami berpeluang ke Jakarta untuk menemuramah pelakon-pelakon utama dan pengarah filem Kuntilanak. Paling seronok apabila kami dapat menonton filem ini lebih awal. Ini 5 sebab kami rasa kenapa filem ini seram dan wajib ditonton!

Seram dan mendebarkan

Jalan cerita yang bermula dengan sebuah cermin antik yang misteri ini memang agak unik dan seram. Ditambah pula dengan sound effect yang mencemaskan, pasti buat korang kecut perut. Adegan demi adegan boleh dikatakan mendebarkan dan menyeramkan sampai kami tutup mata okay. Bagi mereka yang meminati genre filem seram, inilah filem yang korang wajib tonton raya ini.

Pelakon utama barisan kanak-kanak

Menurut Rizal, cabaran utama semasa pengambaraan filem ini adalah berhadapan dengan kanak-kanak kecil, namun semuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan cemerlang. Lakonan Andryan Sulaiman Bima (Kresna), Sandrinna Michelle Skornicki (Dinda), Adlu Fahrezy (Panji), Ali Fikri (Miko), Ciara Brosnan (Ambar) dan Naufal Ho (Anjas) sememangnya merupakan kelainan buat Kuntilanak kali ini. Apa boleh kami katakan, memang sangat best dengan keletah mereka yang lucu. Yang penting semua penonton terhibur melihat aksi mereka yang sangat comel.

Adegan rasuk yang nampak ‘real’

Selain barisan kanak-kanak, pelakon Aurelie Moeremans sebagai Lydia turut memainkan peranan utama dalam filem ini. Adegannya dirasuk oleh Kuntilanak memang nampak ‘real’. Pelakon wanita itu turut akui bahawa babak itu paling sukar dilakukan apabila memakan masa sehingga dua hari untuk dilakukan. Buat pengetahuan korang, Aurelie turut diganggu makhluk halus ketika pengambaraan ini dijalankan. Menurutnya, dia melihat bayang-bayang besar menghampiri dirinya. Fuh memang meremang beb!

Semangat kekeluargaan yang tinggi

Menggunakan tagline ‘Sing Kuat Sing Melihara’ yang membawa maksud kepada yang bersatu pasti menang adalah merupakan antara elemen kekeluargaan yang baik diterap oleh pengarah filem ini. Untuk melawan Kuntilanak ini, mereka perlu bersatu hati untuk terus melawan kuasa jahat. Walaupun kedengaran agak pelik, namun bagi kami ini merupakan antara perkara yang patut dijadikan contoh dalam hidup. Apa sahaja dilakukan dalam hidup, haruslah kita bersatu padu.

Penuh emosi dan aksi lucu

Selain dari seram, filem ini turut pandai bermain dengan emosi korang. Pemergian ibu tirinya membuatkan anak-anak kecil ini sedih dan ada juga masih meragui status kekeluargaan mereka. Namun, aksi mereka untuk melawan kuasa jahat Kuntilanak itu mengundang gelak ketawa penonton. Peranan setiap watak dimainkan memberi kesan besar dalam filem ini. Penuh emosi dan kelakar.

Jom tonton Kuntilanak!

Kuntilanak kali ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak kecil merancang untuk memenangi pertandingan program realiti dimana mereka ingin membuktikan kewujudan Kuntilanak. Pengambaraan yang difikir seronok bertukar tragedi apabila kuasa jahat memasuki dunia manusia melalui cermin, lalu memburu mereka.

Jadi, bagaimana kesudahan misi kanak-kanak ini untuk menjejaki kuasa jahat Kuntilanak? Dapatkah kesemua mereka terselamat dari kuasa jahat? Kalau nak tahu lebih lagi, tengok lah filem Kuntilanak pada 15hb Jun ni di panggung wayang berdekatan anda ya!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×