berita

5 Spa Ini Khas Untuk Muslimah KL Yang Concern Dengan Aurat Mereka

June 9th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

suri permai

Kalau dah dasar namanya wanita, mesti kecantikan daripada hujung rambut sehingga hujung kaki tu akan dititikberatkan. Lebih-lebih lagi kalau dah berkahwin.

Tapi, yang menjadi isunya kebanyakan spa-spa di Kuala Lumpur ini kurang mengambil berat tentang aurat pelanggan. Nak jadi cantik boleh, tapi kenalah ikut batasannya juga kan?.

So, di sini kami senaraikan beberapa spa muslimah yang memenuhi kewajipan penjagaan aurat di kalangan wanita.

1. Spa Rania Stailista

rania

Bertempat di Bangi Gateway Shopping Complex, Spa Rania Stailista ini dilihat sesuai dengan wanita yang ‘sambil menyelam minum air’. Hehe. Yelahkan, lepas penat shopping seharian, boleh legakan urat-urat di spa pula.

Alamat : Unit 6-C-1, Persiaran Pekeliling, Bangi Gateway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

Tel : 03-8912 0485

2. Hurun Ain Oasis Muslimah Spa & Salon

HURUN

Nah, tengok nama pun dah tahu bahawa Hurun Ain Oasis ni menawarkan rawatan untuk Muslimah sahaja. Tiada kaum lelaki ya di sini!

Malah, sapa ini juga menawaran khidmat kecantikan daripada hujung rambut hingga hujung kaki dengan menggunakan brand-brand terkenal antarabangsa. Btw, bagi yang membawa anak, jangan risau sebab ada ruang khas untuk mereka bermain. Menarikkan?

Alamat: 104, Jalan Burhanuddin Helmi 104, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03 – 7731 7411

3. Yoyoy Kamphora Spa

Screen Shot 2015-06-09 at 1.58.39 PM

Yoyoy Kamphora Spa ni juga seringkali mendapat perhatian blogger-blogger muslimah kerana dikatakan kerap buat promosi harga diskaun.

Malah, bakal pengantin pun seringkali menggunakan khidmat lulur badan mereka sebelum hari bahagia. Mungkin dek kerana positif respon yang kerap diberikan, maka perkhidmatan Yoyoy Kamphora Spa juga pernah beberapa kali ditulis di majalah kecantikan.

Alamat: No 319 A, Melawati Square, Lorong Kedah, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 KL

Tel: 03-41474479

4. Suri Permai Spa

suri permai

Kesukarannya untuk mendapatkan rawatan di spa khusus untuk Muslimah mendorong Zamzana Mohd Ari?n menceburi dunia perniagaan spa dua tahun lalu –  Majalah Jelita

Hebat kan wanita? Disebabkan mahu cantik, daripada wanita yang berkerja di institusi kewangan ini terus buat bisnes spa. Income pun masyuk.

Alamat : 17-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Tel :60 3-4143 1070

5. Kayu Manis Spa

spa kayu manis

Asyik KL je, macamana pula dengan area Subang dan Shah Alam. Nah, kami dapat tahu mengenai Kayu Manis Spa ni pun daripada blogger-blogger yang pernah menggunakan servis mereka. Katanta terbaik dan menawarkan harga yang berpatutan.

Malah, spa ini juga menyediakan rawatan untuk wanita selepas berpantang. Dah boleh dah suruh suami tempah satu sesi untuk anda kan?

Alamat: Kayu Manis SPA, Subang Bestari No. 56, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor
Tel: 03-7734 3104

Alamat: Kayu Manis SPA Denai Alam No. 17, Jalan Elektron F U16/F E Boulevard Denai Alam, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor
Tel: 019-307 5777

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×