berita

5 Tahun Belajar Tahfiz, Akhirnya Ke Lembah Maksiat Juga. Semuanya Bermula Dengan Telefon Pintar

January 15th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Orang kata, anak-anak ibarat kain putih, ibubapa bertanggungjawab untuk mencorak hidup mereka supaya menjadi seseorang yang baik dan berakhlak mulia. Namun, dalam dunia yang sangat mencabar pada hari ini, pengetahuan agama sahaja tidak cukup untuk membendung anak daripada terjerumus ke lembah maksiat.

Seperti kisah yang dikongsi laman Baitus Solehah ini, anak angkat yang diberikan pendidikan agama yang cukup akhirnya terjebak melakukan maksiat gara-gara kejutan budaya. Apa yang mengejutkan, si anak katanya mahu hidup bebas tanpa dikongkong. Apabila dibiarkan anak menjadi lebih teruk.

Jangan fikir sudah beri didikan agama, dapat benteng maksiat

(Sekadar gambar hiasan)

Mahu Bebas Tidak Mahu Dikongkong

Ini cerita untuk orang orang yang suka bash saya. Yang tidak puas hati dengan saya. Jika anak jadi macam ni baru mereka tahu langit tinggi atau rendah. Sebenarnya ada saya kesah orang yang tidak puas hati dengan dan marah saya bila saya tidak melayan mereka konon nak bersedekah. Nak bersedekah jika ikhlas, bila ditolak tidak perlu nak sakit hati. Banyak tempat lain boleh puan puan budiman boleh hantar. Bila saya tidak mahu terima siap mengungkit itu ini.

Puan puan budiman, Allah maha mengetahui apa yang baik atau tidak. Apa yang ada dalam hati puan puan Allah tahu dan Allah yang menghalang sedekah puan puan sampai kepada kami. Jadi tidak perlu ungkit itu ini kerana ia cuma asbab.

Ini ceritanya puan puan budiman. Mana tahu boleh terjadi pada anak anak puan budiman. Maka bertaubatlah dari mencari salah orang.

Saya dedahkan cerita ini supaya emak bapa yang anak anak sekolah tahfiz ambik pengajaran. Jangan fikir sudah beri didikan agama, sudah hantar belajar tahfiz, sudah jadi benteng dari maksiat.

Perlu usaha kawalan dan pendedahan. Anak kita hidup dizaman ini. Bukan zaman kita dulu. Zaman yang ada telefon pintar. Dedahkan dan kawal supaya tahu memanafaatkan bukan penyalahgunaan.

Dan doa yang tidak putus putus minta Allah memelihara.

Buat amal kebajikan dan jaga lidah kita sendiri dari mengata anak orang dan mencari salah orang.

Hantar anak ke tahfiz, pergi haji

(Sekadar gambar hiasan)

Saya didatangi sepasang suami isteri keluarga angkat. Datang membawa anak angkat mereka untuk di kaunseling di Baitus Solehah. Ketika datang semalam rambut anak ini telah bertukar ke warna keemasan buatan.

Anak angkat ini perempuan. Saya namakan Kartika. Kartika diserahkan kepada pasangan ini ketika berumur 3 hari. Sejak itu pasangan ini menjaga Kartika dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan agama. Kartika dibentuk menjadi muslimah yang pandai menguruskan rumah tangga. Pandai berkemas dan memasak.

Bersekolah agama dan bersekolah kebangsaan. Ketika berumur 12 tahun, mereka membawa Kartika mengerjakan haji di Baitullah.

Balik dari mengerjakan haji, Kartika dimasukkan ke Madrasah Tahfiz. Selama 5 tahun Kartika mendalami ilmu Al Quran dan kitab kitab. Kartika tidak terdedah dengan laman sosial dan tidak mempunyai telefon pintar. Dunia Kartika cuma Madrasah, rumah, emak ayah dan buku buku.

Tamat 5 tahun penggajian di Madrasah Tahfiz, Kartika berhenti dan pulang ke rumah. Selama belajar di Madrasah , tidak ada sebarang aduan mengenai displin Kartika.

Setelah berada di rumah, umur pun menjejak 19 tahun, emak ayah bercadang menghantar Kartika belajar kemahiran jahitan untuk digunakan sebagai peluang mencari rezeki. Mereka mencari kolej berhampiran rumah. Mudah untuk melawat.

3 bulan berada di Kolej belajar jahitan telah merosakkan segala segalanya. Kartika menghadapi shock culture. Kejutan budaya. Duduk diasrama bersama rakan rakan yang lain budaya. Memudahkan hubungan ketika masuk kolej , ayah beri sebuah telefon pintar.

Belajar guna handphone, kenal dengan lelaki

(Sekadar gambar hiasan)

Ketika di kolej , Kartika belajar memanafaatkan telefon pintar seluas luas tanpa sekatan. Kartika diletakkan ditengah lebuh raya tanpa panduan. Pertama kali dapat telefon pintar dan berada bersama sama rakan rakan yang pelbagai latar belakang telah menjerumuskan Kartika ke lubang buaya.

Kartika belajar menggunakan laman sosial tanpa sekatan. Menjelajah alam maya tanpa panduan. Berfacebooking, berchatting , yahoo mesengger, skype, instagram, wechat dan sebagainya. Tingkah laku Kartika berubah. Malas belajar. Ponteng kelas. Kerap keluar bersama teman lelaki.

Apabila pihak kolej melaporkan kepada emak ayah akan tingkah laku Kartika, segera mereka mengambil tindakan memberhentikan Kartika dari kolej.

Tindakan ini telah terlewat. Kartika sudah meneroka alam maya dengan sebebas bebasnya. Ketika di kolej boleh keluar, apabila diberhentikan belajar di kolej Kartika terpaksa tinggal di dalam rumah. Emak ayah keluar bekerja, Kartika mengambil kesempatan lain pula.

Berkenalan dengan berbagai lelaki. Ramai lelaki ambik kesempatan atas kenaifan Kartika. Mengajar Kartika berasmara dalam chatting. Berphoto dan bervideo dalam keadaan bogel bukan janggal lagi bagi Kartika.

Sampailah suatu hari teman chatting mengundang Kartika untuk bertemu. Bertemu di atas katil. Diajar Kartika bersetubuh berbagai gaya dan posisi. Kartika seronok dan mengambil gambar setiap aksinya dengan menggunakan telefon pintar sendiri.

Telefon pintar mesti digunakan dengan pintar. Apabila tidak pintar menggunakan maka berlaku kesilapan. Aksi photo ranjang gersang yang mahu dipadamkan telah disalah tekan tershare di whatsapp group. Maka bertebaranlah gambar panas yang merangsangkan. Gambar tanpa pakaian ketika berasmara menjadi seronok dishare beramai ramai. Sehinggalah gambar itu tershare ke group ustazah di Madrasah. Bukan kepalang terkejutnya ustazah.

Ustazah datang bertemu emak ayah dan menunjukkan bukti. Apa lagi malunya tidak terkata. Anak yang mereka berikan didikan agama dari kecil dan dihantar belajar di Madrasah Tahfiz. Telah menghafal al quran dan selama di Madrasah tidak pernah meninggalkan solat. Apabila pulang di rumah ketika bercuti, senang hati emak ayah melihat apabila solat berjemaah dan sering tasmik bacaan Al Quran emak ayah.

Jika tidak ada gambar, sekadar bercerita emak ayah tidak percaya akan perbuatan anak mereka . Anak dinasihati agar bertaubat.

Sebaliknya anak memberontak dan marah. Suatu yang mereka tidak sangka. Anak minta dipulangkan kepada keluarga kandung. Anak tidak mahu lagi tinggal bersama emak ayah angkat. Dia rasa terkongkong dan tidak bebas. Dia tidak ada kawan. Semua tak boleh.

Minta dihantar ke keluarga kandung namun…

(Sekadar gambar hiasan)

Melihat berhari hari anak memberontak, emak ayah angkat akur kehendak anak minta dipulangkan kepada keluarga kandung.

Hampir 20 tahun menjaga anak ini, apabila besar terpaksa berpisah atas kehendak anak. Dihantarlah ke rumah dimana dia diambil dahulu. Masih rumah yang sama, keadaan kehidupan keluarga yang sama 20 tahun dahulu. Daif. Tidak ada perubahan. Sudah kehendak anak, dia ditinggalkan di situ bersama keluarga kandung.

Sebulan tanpa khabar, alih alih anak timbul di rumah emak saudara. Bila ditanya kenapa datang ke rumah emak saudara, Kartika menjawap dia telah dihalau oleh emaknya.

Emak telah merampas telefon pintar dan menghalau Kartika dari rumah. Emak suruh Kartika pulang kepada keluarga angkat semula.

Rupanya selama berada di rumah emak kandung, Kartika menjadi santapan jiran tetangga termasuk abang kandung. Apabila emak pergi kerja, Kartika berjalan ke rumah jiran dan berasmara.

Mengikut pengakuannya sendiri, ramai orang kampung telah merasai tubuhnya. Begitu juga abang kandungnya juga. Itu yang emaknya bertindak menghalaunya keluar dari kampung.

Emak saudara bertindak memaklumkan kepada emak ayah angkat Kartika. Itu yang mereka datang dari jauh untuk bertemu Kartika dan membawa ke sini dengan harapan dipulihkan akidah dan akhlaknya semula.

Ketika di Baitus Solehah mahu dikaunseling, saya mengajak untuk berbicara berdua. Kartika tidak mahu. Kartika mahu biarlah berceriat depan depan dengan keluarga angkatnya. Jadi cerita diatas adalah cerita dari emak ayah angkat dan pengakuan Kartika sendiri. Cerita dari dua dua pihak.

Sanggup bukan aib masing masing untuk membetulkan keadaan. Mencari jalan keluar yang terbaik. Emak ayah angkat mahu menyelamatkan Kartika. Sedangkan pilihan Kartika ialah mahu hidup bebas. Hidup bebas tanpa kongkongan sediapa tetapi takde duit. Itu yang jadi halangannya sekarang ini.

Setakat semalam saya berikan mereka saranan yang perlu kepada tindakan,

1. Bawa pemeriksaan doktor untuk mengetahui status diri Kartika, samada mengandung atau tidak. Dari Disember haid tidak datang. Urine test menunjukkan negatif.

2. Berbincang anak beranak tanpa memenuhi kehendak Kartika gantian sebuah telefon pintar.

3. Ikatan kasih sayang dari kecik bukan mudah diputuskan hanya impian untuk hidup bebas. Perlu sorong dan tarik tali.

Kepada ibu bapa di luar sana, saya tidak ulas apa apa, anda pikir di mana yang tidak kena dan wajib diatasi dan dibaiki.

Ini kisah benar. Kisah yang berlaku di dalam masyarakat. Boleh jadi pada keluarga kita juga. Sebab itu berhati hati di dalam berbicara, jangan mudah menghentam dan bash orang . Pandang diri, anak cucu yang kita ada.

Semoga bermanafaat peringatan ini.

Opah Cucu Seribu,

Mak Liza

#Kisahbenar

#BaitusSolehah

Sumber : Baitus Solehah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×