berita

6 Cara Paling Senang Cari ‘Duit Poket’ Lebih Tanpa Keluarkan Peluh Pun

June 1st, 2018 | by Wan
Make-It-Senang

Hidup di zaman moden ini agak sukar jika hanya bergantung pada satu pendapatan sahaja. Nak bayar sewa rumah, bayar ansuran kereta, duit minyak, tol dan macam-macam lagi! Pendek kata, wajib buat kerja sampingan bagi meneruskan kelansungan hidup lebih-lebih lagi jika menetap di ibu kota.

Takkan nak minta duit dari ibu bapa di kampung kan? Malu lah! Jadi berikut kami kongsikan beberapa kerja sampingan yang mudah, simple dan tak perlu keluar peluh pun. Lagi best korang boleh dapat ribuan ringgit jika fokus betul-betul!

Jual barang preloved

Ini part time job yang kami rasa paling mudah untuk korang buat. Lepas baca artikel kami ini cuba korang bangun dan check barangan yang ada sekitar korang itu. Yang dalam almari ke, dalam bilik stor itu. Muat lagi ke tak? Dah tak guna kan?

Daripada korang simpan semua ‘khazanah’ lama itu, lebih baik jual semula! Untung-untung dapat juga duit kan. Korang boleh jual di beberapa laman web yang terkenal dengan menjual barangan preloved seperti carousell, clearmywardrobe, mudah, lelong, dan banyak lagi.

Selain itu di Facebook juga banyak group khas yang ditubuhkan bagi mengumpulkan komuniti ‘preloved item’ ini. Join lah sekali ya. Barang lama pun ada nilai lagi tau.

Personal shopper

Tak susah pun jadi personal shopper ini! Apa yang korang perlu lakukan ialah ambil pesanan daripada pelanggan dan tolong belikan barangan tersebut untuk mereka. Faktor-faktor seperti kesempitan masa, kerja dan jarak yang jauh membuatkan ramai orang pada hari ini menggunakan perkhidmatan personal shopper.

Macam mana nak dapat duit buat personal shopper ini? Alah letaklah rate yang munasabah sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan. Orang ramai tak berkira sangat pun nak bayar asalkan berpatutan.

Share artikel 8coin

Tak ada alasan lagi untuk tak nak buat part time job! Bayangkan korang cuma perlu share artikel daripada 8coin ini je dan boleh tebus wang tunai atau ganjaran menarik. Apa yang korang perlu lakukan ialah download aplikasi 8coin menerusi Google Play Store atau Apple App Store di telefon bimbit korang.

Selepas sign up, share artikel-artikel menarik dari 8coin di akaun media sosial korang seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Lagi ramai yang baca artikel tersebut, lagi banyak mata ganjaran 8coin korang dapat. Mata ganjaran itu boleh ditukar kepada wang tunai atau ganjaran istimewa.

Affiliate program

Daripada 10 orang yang kami tanya, seorang dua je yang tahu mengenai affiliate program ini. Rugi betul lah! Kenapa kami cakap rugi? Sebab korang hanya jana duit dengan cara yang cukup mudah. Sambil baring pun boleh!

Antara laman web perniagaan atas talian yang menyediakan program ini ialah Lazada dan 11street. Apa  yang korang perlu lakukan cuma mempromosikan produk yang dijual di laman web mereka dan mempengaruhi orang ramai untuk beli produk tersebut. Kira dapat komisyen daripada setiap produk yang dijual itu. Lagi ramai yang beli lagi banyak korang dapat.

Berniaga online melalui live video

Kami perasan sekarang ini ramai yang gunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk memasarkan produk mereka. Bukan itu sahaja malah ramai yang menggunakan kemudahan video live di Facebook untuk mempromosikan produk mereka secara langsung kepada bakal pelanggan. Sambil ‘menjual, boleh bersembang dengan bakal pelanggan.

Ada yang jual pakaian, makanan, perkakas rumah dan macam-macam lagi. Yang penting kena ada telefon bimbit dan internet! Mungkin korang pun patut cuba perniagaan macam ini. Pertama sekali pastikan produk yang korang nak jual.

Private tutor

Kalau dahulu jika nak ambil tuition untuk sesuatu matapelajaran mesti kena hadiri kelas tambahan. Tak kira lah sama ada kelas tambahan di sekolah atau di luar sekolah. Tapi sekarang zaman dah berubah. Tuition pun boleh belajar secara online! Wah memang bagus betul tak perlu lagi keluar rumah.

Ada beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan ini antaranya mytutor dan myprivatetutor Korang hanya perlu daftarkan diri sebagai pengajar, isikan level pengajian korang beserta matapelajaran yang nak ajar nanti. Boleh ajar dari rumah je!

SKIP THIS AD ×