berita

6 Langkah Kekalkan Keremajaan Wajah

August 3rd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Kulit wajah merupakan aset paling penting bagi setiap wanita. Setiap wanita pasti mengidamkan kulit wajah yang cantik dan kekal muda sepanjang masa. Oleh itu, tanpa penjagaan yang sempurna, ia boleh menyebabkan proses penuaan pada kulit wajah berlaku lebih cepat daripada waktunya.

Dengan ini, pihak OHBULAN! ingin berkongsi 6 langkah mudah untuk menjaga kulit wajah agar sentiasa kekal muda dan berseri sepanjang masa.
  • Minum air kosong sebanyak 8 – 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Lagi banyak air kosong yang diambil, maka lagi meningkatlah kelembapan kulit wajah anda. Disamping membantu melembapkan kulit, pengambil air kosong yang kerap turut dikatakan mampu membuang toksin yang berlebihan di dalam badan. Oleh itu, kulit bukan sahaja cantik, malah ia juga mampu memberikan kesihatan yang baik untuk diri sendiri.
  • Sebelum tidur, amalkan mencuci wajah dengan air bersih. Ini kerana, kotoran dan bakteria yang terperangkap pada kulit wajah akan menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang. Oleh itu, sebelum tidur anda hendaklah membuang segala solekan yang berada di wajah agar proses penuaan tidak berlaku dengan begitu cepat.
  • Bagi individu yang aktif bersukan, anda digalakkan untuk mencuci muka sebelum melakukan sebarang aktiviti riadah ataupun senaman. Ini kerana, ketika berpeluh ia akan dapat mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terperangkap pada wajah.
  • Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertama, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Selepas mencuci, amalkan penggunaan penyegar ataupun toner pada wajah, dan setelah itu susuli pula dengan penggunaan pelembap. Dengan tiga langkah penjagaan wajah ini, ia mampu melambatkan proses penuaan pada wajah anda.
  • Bagi individu yang terdedahkan dengan kerja luar, pastikan anda melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari dengan sebaik mungkin. Oleh itu, amalkan penggunaan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan. Selain itu, dengan pelindungan ini, ia juga mampu mengelakkan kulit wajah menjadi bertambah gelap dan kusam.
  • Akhir sekali, sekiranya anda mengalami masalah kulit yang serius seperti kulit berjerawat ataupun berminyak, anda hendaklah mendapatkan rawatan pakar kulit atau dermatologis dengan segera. Dapatkan khidmat nasihat berkaitan apa yang perlu anda lakukan bagi mengatasi masalah kulit yang sensatif.

SKIP THIS AD ×