berita

6 Level Kepedasan Sambal, Cibiuk Melaka Lokasi Wajib Cuba Bagi Penggemar Makanan Indonesia

February 5th, 2016 | by Wan
MyResipi

cibiuk

Siapa dekat sini penggemar makanan daripada Indonesia? Selain ayam penyet yang cukup terkenal di sini, menu makanan lain turut menjadi kegemaran rakyat tempatan.

Kata orang, makanan dari Indonesia ini memang ‘kena dengan tekak’ atau ‘boleh masuk’ dengan selera kita yang tidak jauh berbeza dengan mereka di sana.

Hari ini kami nak kongsikan satu lagi tempat makan yang sering dikunjungi oleh penggemar makanan dari seberang. Dengan 6 level kepedasan sambal, pasti bakal buat korang terangkat lah!

Rajanya Sambal

cibb

Rumah Makan Cibiuk yang terletak di MITC Ayer Keroh Melaka ini baru sahaja beroperasi sekitar October tahun lalu namun sambutan daripada orang ramai memang sungguh menggalakkan.

Menggunakan tagline ‘Rajanya Sambal’, pelanggan berpeluang memilih sendiri lebih daripada 6 jenis sambal yang disediakan secara percuma. Setiap sambal ada level berlainan sehingga level 6! Itu memang betul-betul terangkat!

sam

Menu istimewa dari Sunda

klah

Antara menu-menu menarik yang korang boleh cuba di sini ialah nasi paket ayam kampung bakar, nasi timbel komplit ayam, tilapia goreng kipas, dan banyak lagi menu istimewa.

Yang menariknya ke semua menu istimewa didatangkan dan dimasak khas oleh chef dari Indonesia. Kalau datang dengan keluarga, boleh try set Garut, Jakarta atau Bandung.

buk2

Oh ye, untuk dessert jangan lupa order es durian iaitu campuran air kelapa muda, durian, aiskrim dan jeli. Tak rugi cuba. Pisang keju dia pun sedap.

keju

Ruang yang luas & selesa

sls

sls3

Bilik meeting & ruang private untuk majlis

ru

ru1

Alamat :  Rumah Makan Cibiuk MITC, No. 8 & 10, Lingkaran MITC, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450, Ayer Keroh, Melaka

Contact : 011-20635903, 0132613530

Waktu Operasi : Sabtu – Khamis 11 Pagi – 11 Malam, Jumaat 2.30 Petang- 11 Malam

Facebook : Rumah Makan Cibiuk MITC

SKIP THIS AD ×