berita

6 Masjid Cantik & Indah Yang Anda Boleh Lawati Sepanjang Bulan Ramadhan Ini

June 29th, 2015 | by Ash Nordin
Travelogue

masjid cantik

Sedar tak sedar, dah nak masuk setengah bulan dah kita berpuasa. Lagi beberapa minggu bulan ramadhan nak berakhir. Selain dari pergi bazaar, shopping raya, berbuka puasa dengan member-member tu dah cukup ke amalan beribadah kita.

Antara salah satu sebab kenapa bulan Ramadhan bulan yang paling ditunggu-tunggu adalah kerana kita boleh dapat pahala berganda-ganda tau. Antaranya solat sunat terawih yang selalu kita buat lepas solat isyak tu.

Haa kami nak kongsi sikit masjid mana yang anda boleh lawati dan juga lakukan amal ibadat. Bukannya tak boleh nak solat kat surau berdekatan.. mana lah tau nak tukar angin kejap ke kan. hehe

1) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

1.1

1.4

Masjid ni juga dikenali sebagai masjid besi. Struktur bangunan dan design dalaman masjid ni amat mengagumkan. Mulut korang akan ternganga bila masuk masjid ni. MasyaAllah.. Memang cantik sangat!

Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

2) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

2

2.2

Bagi siapa yang duduk kawasan Selangor terutamanya di Shah Alam tu, tipu lah tak pernah jejak kaki di masjid ni. Masjid ni teramat lah luas. Masjid ini akan selalu sesak bila solat jumaat dan solat terawih. Walaupun menyediakan ruang parkir yang luas, ada yang sampai terpaksa park kereta kat luar.

Alamat: Shah Alam, Selangor, Malaysia

3) Masjid Putra

3.1

3.3

Masjid yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya ni merupakan simbolik di Putrajaya ni. Masjid ini juga dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Alamat: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Pentadbiran Kerajaan, 62502 Persekutuan, PUTRAJAYA, Malaysia

4) Masjid Wilayah Persekutuan

4.3 flickr.com

4.1 flickr.com

Masjid yang moden ni terletak di Jalan Duta. Alaa jalan yang nak ke Kuala Lumpur tu. Masjid ni amat luas tau dan konsep masjid di sini ala-ala ‘Masjid Dalam Taman’ gitu. Memang cantik!

Alamat: Masjid Wilayah, Jalan Duta, 50480 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

5) Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara

5.3 brat-mikrajovic.blogspot.com

5 flickr.com

Masjid ini juga dikenali sebagai masjid batu. Korang akan tau bila korang dah sampai sini kenapa dipanggil masjid batu.

Alamat: Jalan Saga SD 8/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

6) Masjid Puncak Alam

6.2 demo.kzk2u.com

6 www.azharazfar.com

Masjid yang berpusat di Puncak Alam ni boleh dikatakan masjid yang baru. Mempunyai ruang wuduk yang luas dan tempat untuk membersihkan diri dengan selesa. Tengok lah lampu-lampu di masjid ni. Menarik kan?

Alamat: Lorong Naluri Sukma 8/1, Bandar Baru Puncak Alam Seksyen 8, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia

Foto kredit: Flickr.com, travelmalaysia.guide.com, brat-mikrajovic.blogspot.com, www.azharazfar.com, demo.kzk2u.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×