berita

6 Perangai Typical Parents Malaysia, Bila Anak Dorang Memandu.

May 16th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kadang-kadang tak semua parents percaya bila anak-anak dorang bawa kereta. Tak kira la, walaupun korang dah ada lesen memandu untuk tempoh yang lama. Tapi sebagai parents, mereka tetap risau tentang keselamatan korang setiap kali memandu kenderaan.

Kami senaraikan beberapa perkara typical yang parents akan lakukan bila anak-anak dorang memandu. Parents korang macam ni juga tak?

Keep remind korang tentang peraturan jalan raya.

Bila mak atau ayah duduk kat sebelah bila kita tengah drive, mesti akan rasa nervous. Yelah, ada je salah kita kat mata diorang. Kadang-kadang halangan lagi 500 meter pon diorang dah warning korang suruh berhati-hati daripada awal.
 
Korang jangan pula kecil hati kalau kena tegur, diorang buat macam tu sebab sayang korang. Betul kan?

Jeligan maut kalau diorang rasa korang bawa laju.


Haaa… Ni rasanya kalau korang buat memang sengaja mengundang maut. Cuba tahan diri daripada pandu dengan laju masa bawa emak atau ayah korang. Tunjukkan kepada mereka bahawa korang ni seorang pemandu yang paling berhemah atas jalan raya. Mesti dorang happy punyalah.

Kalau diorang tak ada dalam kereta, suka hati korang la nak bawa laju. Tapi ingat! Patuhi had laju yang dibenarkan sahaja ya, kalau tak nak bayar saman.

Kena cubit bila buat kesalahan atas jalan raya.

Selain memandu laju, satu lagi perkara yang pantang dilakukan bila parents korang berada di dalam kereta ialah, jangan cuba melanggar sebarang peraturan jalan raya!
 
Mak ayah kita ni sangat mementingkan keselamatan anak-anak. Jadi, kalau korang buat perangai macam ni depan mata dorang, macam manalah dorang nak percayakan korang bila bawa kereta.

Apa yang korang buat semua serba tak kena, even keluar simpang pon salah.

Situasi ni mungkin terjadi kat parents yang ada anak-anak baru dapat lesen. Biasanya, dorang punya reaction ni over sikit, maybe sebab excited atau risau kat anak dorang yang masih kekok memandu.
Tapi sebenarnya dalam hati, mesti bangga sebab anak dorang dah ada lesen kan.

Menjerit sebab terkejut dengan pemanduan korang.

Selalunya emak la yang akan menjerit ni. Nak-nak kalau anak dia bawa kereta extreme sangat. Masa ni dorang biasanya dah tak sempat nak cubit ke apa, dorang cuma akan cakap “kau nak kejar apa nak bawak laju-laju ni, kau nak mak mati ke?” Typical mak-mak kat drama pukul 7 sangat kan?

Suruh korang berhenti tepi jalan biar diorang je yang bawa kereta.


Okay yang ni rasanya paling extreme, sebab  dah macam masa ambil test memandu dengan JPJ! Bila gagal kena berhenti tepi. Tapi jangan tak percaya, ada dalam kalangan parents yang takut bila anak-anak dorang bawak kereta tau. Sampai suruh anak dia berhenti tepi, biar dorang je yang bawak. Ish ish ish…

Siapa pernah kena macam ni, baik mengaku.. Kita geng!

Walaupun kadang-kadang korang rasa rimas bila parents korang naik kereta dengan korang, tapi korang kena sedar bahawa, parents ni risau sebab diorang nak yang terbaik.

Dan yang terbaik pastinya hanya dari PETRONAS!

PETRONAS memberi pengalaman pemanduan seperti seorang juara!


Korang nak tau tak? PETRONAS dengan cecair pelincir dan bahan api yang direka khusus menggunakan Fluid Technology Solutions TM dapat memberi perlindungan yang maksimum semasa korang memandu.

Perlindungan yang terbaik pastinya dengan jenama yang diyakini sejak sekian lama, PETRONAS.

Jenama PETRONAS ni, bukan sahaja diyakini di dalam negara malah di seluruh dunia tau!

Tengok saja aksi pelumba terkemuka Formula One, Lewis Hamilton yang memandu jentera f1 Mercedes- AMG PETRONAS dan bagaimana beliau bergelar seorang juara.

Korang pon mesti nak bergelar juara dalam bidang masing-masing kan?

Bagi lahirkan lebih ramai juara lagi, PETRONAS komited untuk memberikan yang terbaik supaya korang pun dapat merasai pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan selamat sepanjang masa.

Pastikan PETRONAS menjadi pilihan utama korang ya, untuk merasai pengalaman pemanduan yang hebat.  Haaa.. Sebelum tu korang kenalah tengok TVC ni dulu, baru korang dapat merasai pengalaman seperti seorang juara.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×