berita

6 Perkara Yang Akan Terjadi Kalau THE MUMMY Muncul Di Malaysia. Yang Last Tu Macam Betul Je..HAHA!

May 24th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

Korang semua mesti pernah dengar pasal mumia kan ataupun nama glamor dia THE MUMMY. Selalunya orang akan kaitkan mumia ni dengan cerita seram sebab dalam kebanyakan filem pun, digambarkan mumia ni adalah mayat manusia yang diawet dan akan bangun semula. Scary!

Pernah tak korang terfikir kalau golongan mumia atau THE MUMMY ni muncul dan mengambil alih Malaysia. Seram pulak admin rasa.

Tapi korang jangan lah ambil serius pulak. Ni semua saja je suka-suka. Jom tengok agak-agak apa yang akan jadi eh..

Signboard dan bahasa rasmi kena tukar ke bahasa pada zaman Mesir Kuno


Disebabkan THE MUMMY dan pengikutnya semua tak faham Bahasa Melayu,  so dia akan tukar semua papan tanda dan nama jalan ke gambar je.

Yelah nanti sesat pulak dorang sebab tak faham apa yang ditulis dekat papan tanda tu. Jadi, korang pun kenalah start belajar macam mana untuk lukis nama korang. LOL!

Besar kemungkinan, bahasa kita pun akan ditukar ke bahasa zaman Mesir kuno. OMG!

Susah nak taip password wifi 


Selalunya password wifi akan ada huruf dan nombor kan. Tapi disebabkan masa zaman THE MUMMY ni diorang semua menggunakan simbol dan lukisan (hieroglyphs) sebagai bahasa untuk berkomunikasi, jadi diorang susah nak taip wifi password.

Padan muka dorang. Bila lepak mamak mesti tak boleh nak mintak wifi password. Haha!

Wujudnya Nasi Lemak THE MUMMY


Sekarang ni dah jadi macam satu trend pulak jual nasi lemak lepas tu letak nama yang pelik-pelik untuk tarik perhatian pembeli. Lepas tu, bila dah viral terus laku nasi lemak yang dijual tu.

Nasi lemak anak dara lah, nasi lemak pondan la, nasi lemak gay la. So, bila munculnya THE MUMMY kat Malaysia ni, tak mustahil kalau wujud pulak Nasi Lemak THE MUMMY.

Lepas tu, lagi epik bila Nasi Lemak THE MUMMY ni pulak bukan dibungkus guna daun pisang, tapi guna kain kapan. LOL!

THE MUMMY ni senang cari pasangan sebab…

Haa..kalaulah THE MUMMY ni nak kahwin kan, mesti dia senang nak cari pasangan. Nak tahu sebab apa?

Sebab…hantaran diorang murah! Haha.. Lepas tu pulak, senang nak jaga.

Hantaran bagi jelah kain kapan lepas tu nak tidur pun dalam keranda je. Low maintenance betul!

Tisu dekat kedai dan pasaraya selalu habis stok sebab dorang buat baju

Selepas munculnya THE MUMMY dan pengikut-pengikutnya, mesti stok tisu dekat pasaraya akan cepat habis. Yelah, kan diorang guna tisu untuk belit badan dorang.

Orang Penang mungkin akan mengalami kekeliruan

Orang Penang kalau nak panggil orang dewasa akan guna mamu untuk lelaki dan mami untuk perempuan.

Haa..kalaulah THE MUMMY ni muncul je dekat Malaysia ni, mesti konfius. Yelah bila nak panggil THE MUMMY, mami Penang pulak yang perasan. LOL!

Tapi memang betul pun THE MUMMY datang Malaysia!!

 

Haa.. kalau korang nak tahu, filem THE MUMMY yang terbaru akan mula ditayangkan di Malaysia pada 8 JUN 2017 depan. Excited tak?

Filem yang dibintangi Tom Cruise ini mengisahkan tentang kebangkitan ratu Mesir kuno bernama Ahmanet yang makamnya diganggu oleh sekumpulan manusia. Ahmanet ni jugak dulu dibunuh dengan dikubur hidup-hidup kerana membunuh ayahnya.

So kiranya dia bangun balik nak balas dendam atas kematian dia la.

Cop! Sampai tu je admin boleh cerita. Kalau korang nak tahu dapatkah Ahmanet melunaskan dendamnya atau berjayakah Nick Morton (Tom Cruise) melawan Ahmanet dan menyelamatkan manusia, korang wajib tonton filem THE MUMMY okay!

Meh admin belanja korang trailer THE MUMMY!

SKIP THIS AD ×