berita

6 Perkara Yang Selalu Di ‘Viral’kan Dalam Internet Di Malaysia.. No 1 Tu Mesti Korang Menyampah Gila!

July 31st, 2017 | by Epul | 0 comments
101K
reads
6.2K
shares
Isu & Kontroversi

Medium sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya memang jadi platform utama kita berkongsi macam-macam perkara. Dari luahan perasaan, detik pertama korang ada anak, dapat 12A SPM sampai lah jalan-jalan dengan family mesti nak share kan? Bila apa korang share tu menarik, ramai pulak suka dan share, terus jadi ‘viral’ satu Malaysia!

Tapi, korang sedar tak ada baik dan buruknya share sesuatu kemudian jadi ‘viral’ di Facebook? Contohnya lah, baiknya bila korang dapat rapatkan jurang antara keluarga yang jarang bertemu. Buruknya pulak, bila dah ‘viral’ ada lah mulut-mulut puaka tak puas hati komen itu ini! Hmm… Sedih lah!

Secara tak langsung, rosak positiviti dalam berkongsi di laman sosial. Jadi, korang hati-hati lah bila share something kat Facebook atau mana-mana ya sebab ada je mata-mata yang memerhati! Jom kita check 6 perkara yang selalu sangat orang ‘viral’ kan dalam internet kat Malaysia ni. Entah-entah korang pernah buat. Banyak beb!

1. Rekod video perangai tak senonoh sampai netizen pun naik menyampah!

Admin faham korang bosan dan tiada apa nak dibuat tapi kalau boleh, cari kerja berfaedah sikit. Daripada korang duduk depan kamera dan rekod video bodoh sambil tayang gigi, buat mimik muka atau senang kata memperbodohkan diri sendiri, baik tak payah.

Lepas tu, upload masuk Facebook, Instagram dan sebagainya. Korang ingat semua orang suka ke dengan apa yang kita buat? Bila mula ‘viral’, mesti korang kena kritik atau ‘bash’ sebab nampak aurat lah, pakai baju singkat lah sebab netizen ni sangat detail tau! Tau pulak korang marah kan? Jadi adik, bodoh tu simpan sikit.

2. Makanan sedap-sedap yang korang kena cuba. Ini memang patut di ‘viral’ kan!

Kalau bab makanan, rasanya semua orang suka! Lagi-lagi bila makanan tu sedap, unik atau lain dari yang lain. Confirm ‘viral’ dan ramai komen NAK CUBA! Restoran tu kat pelusuk mana pun, mesti ada yang akan datang cuba. Lagi-lagi geng gila makan atau ‘food hunter’, diorang suka jalan-jalan cari makan dengan kawan atau family. Syok tau!

3. Bakat terpendam seseorang yang mungkin jadi inspirasi orang lain? Wow!

Bila seseorang tu ada bakat terpendam, jarang dia upload video masuk Facebook kan? Tapi, kawan-kawan diorang yang banyak share supaya orang ramai dapat tengok. And then, boom! ‘Viral’ satu Malaysia! Video macam ni yang kita nak tengok dan boleh dijadkan inspirasi buat orang lain. Teruskan share, korang mungkin boleh ubah kehidupan seseorang! :)

4. Jualan murah tak kira lah perabot, pakaian, pampers dan macam-macam lagi!

Ibu-ibu, mak kita atau isteri-isteri korang tu paling suka jualan murah atau penghabisan stok. Waktu ni lah diorang nak borong segala keperluan banyak-banyak! Kalau ada perabot, langsir, perkakas dapur murah, haa waktu ni lah nak tukar semuanya serba baru! Peluang macam ni mungkin tak selalu datang, sebab tu kena borong habis!

Dah lah murah, banyak pilihan, tapi kena datang awal sebelum stok habis! Biasanya, syarikat yang pindah ke lokasi lain atau penutupan cawangan akan buat jualan penghabisan stok. Masa tu, harga dari RM100 pun boleh jadi RM20 tau! Jadi, alert dengan mana-mana posting Facebook viral pasal jualan murah ni ya! Sediakan duit lebih sikit!

5. Tempat melancong cantik-cantik, sekali pakej tips dan bajet paling low. Siapa tak nak?

Ini lagi satu perkara yang kalau ‘viral’, semua orang suka! Biasa akan viral hujung bulan atau hujung tahun sebab waktu tu, semua orang nak pergi bercuti. Geng-geng travel tu mesti dah ‘gatal kaki’ nak berjalan dengan kawan-kawan kan?

Kalau viral, cukup dengan gambar je dah buat orang nak pergi melancong. Belum share tips petua melancong ke sana, lagi membuat-buak semangat tu! Plus, kalau ada yang share berapa bajet ke sana, sesuai lah kalau student nak have fun atau release stress lepas exam, kumpul duit awal-awal. Jom bercuti! Hehe :D

6. Kemalangan atau road bully atas jalan raya, ish ish ish!

Banyak kita tengok video kemalangan atau buli di jalan raya viral sejak akhir-akhir ni kan? Contohnya orang memandu secara bahaya, masuk simpang tak bagi signal, kes pecah tingkap sebab marah dan banyak lagi. Bila ‘viral’, mula netizen angin satu badan dan komen macam-macam, masing-masing mempertahankan pandangan sendiri.

Tapi, kalau korang fikir balik, rajin pulak warga Facebook rekod video tu ya? Lepas tu share kat Facebook dan ‘viral’ satu Malaysia. Tak hairan lah, zaman sekarang dah maju dan moden, smartphone masing-masing semua kat tangan. Tapi, waktu memandu jangan pula main phone ya! Bahaya tau!

Viral, viral juga. Beware selalu dan pastikan ia bermanfaat untuk orang lain tau!

Untuk korang yang suka rekod video tu, apa kata korang rekod video pemandu yang menyalahgunakan laluan kecemasan di lebuhraya. Lepas tu, korang serahkan pada pihak polis untuk diambil tindakan. Padan muka, diorang ni melambatkan polis atau ambulan sampai ke tempat kejadian je, kalau sesak macam mana?

So, jadi lah pemandu berkhemah ya! :D

The following two tabs change content below.

Most read today

Recommended for you