berita

6 Tahun Bersama, Lisa Surihani & Yusry Tak Serasi?

March 12th, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

Kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Pada awal perkahwinan memang semuanya manis, tetapi beberapa tahun selepas itu macam-macam dugaan yang datang. Betul ke?

Menerusi rancangan baru terbitan ntv7 dihoskan Naz Rahman dan Diana Danielle, mereka akan mengupas isu-isu kekeluargaan, perhubungan antara pasangan dan isu semasa dari perspektif lelaki dan wanita. Pada episod pertama, mereka menjemput Lisa Surihani dan Yusry sebagai tetamu jemputan. Haa mereka ni sebenarnya serasi ke tidak? Tengok ni!

Serasi ke tidak?

Bagi segmen pertama : Ngam atau Tak Ngam. Mereka ditanya beberapa soalan untuk menguji tahap keserasian masing-masing. Dalam 5 soalan yang diberi nampaknya banyak soalan pasangan ini dapat Tak Ngam!  Namun jelas sekali mereka saling bertolak ansur dan memuji pasangan dalam setiap perkara.

Boleh ke Yusry pakai makeup?

Segmen seterusnya In My Shoes, bagi segmen ini Yusry dicabar untuk make up dalam masa 5 minit sahaja. Korang tengoklah hasil make up Yusry ini, cantik ke tak? Ha bukan senang nak tampil cantik depan suami tau, sebab itulah perempuan ambil banyak masa untuk bersiap.

Untuk episod yang akan datang, korang rasa topik apa pula yang akan dikupas? Pasangan mana pula yang akan diuji?

Pasangan BFF mana paling NGAM?

Untuk minggu ini Kata Serasi nak uji pula keserasian selebriti undangan dan BFF masing-masing. Pasangan selebriti jemputan yang akan menggamatkan suasana malam ini ialah Sherry Alhadad dan BFF serta Yasmin Hani dan BFFnya yang hot, Sazzy Falak! Selain itu, ada juga tetamu jemputan istimewa untuk segmen Talentime!

Jadi korang jangan lupa tengok Kata Serasi, setiap Isnin jam 9.30 malam hingga 10.30 malam di ntv7. Untuk menonton secara online, korang boleh juga layari www.tonton.my.

Most Read Today