berita

6X Mata Ganjaran Kad Mesra Setiap Kali Isi Minyak Di PETRONAS! Cepat Rebut Peluang Ni!

January 9th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Sekejap je dah masuk tahun 2018 kan? Tak lengkap betul tahun baru kalau tak dengar khabar gembira selain naik gaji… Hehehe…

Ni ada satu khabar gembira yang kami nak kongsi! Macam yang kita tahu, PETRONAS memang sangat menghargai pelanggan diorang dengan selalu anjurkan kempen yang bagi ganjaran hebat kepada pelanggannya, dan seperti biasa, sambutan yang diterima sangat menggalakkan!

Sebagai tanda berterima kasih kepada pelanggannya,  kali ni PETRONAS nak bagi satu lagi ganjaran hebat dekat korang iaitu 6X Mata Ganjaran Mesra  bagi setiap kali korang mengisi minyak dan berbelanja di PETRONAS. Wow!!

Tapi, macam mana caranya? Haa..jom kami bagitahu…

Hanya swipe Kad Mesra PETRONAS dan dapatkan 6x Mata Ganjaran!

Setiap kali korang isi minyak ataupun berbelanja di Kedai Mesra, jangan lupa swipe Kad Mesra korang tu. Rugi kalau tak swipe sebab lagi banyak mata yang terkumpul, lagi cepat korang boleh tebus mata ganjaran tu.

Yang lagi best, mata ganjaran terkumpul tu, korang boleh tebus untuk minyak ataupun barangan di Kedai Mesra tau. Memang penjimatan yang berbaloi!

Haa..tengok ni kalau nak lagi faham..

  • 1 liter petrol atau diesel = 6 Mata Ganjaran Mesra
  • RM1 dibelanjakan di Kedai Mesra = 6 Mata Ganjaran Mesra

Contohnya, kalau korang isi minyak sebanyak 40 liter, korang akan menerima 240 Mata Ganjaran Mesra. Manakala, jika korang berbelanja sebanyak RM10 di Kedai Mesra, korang akan dapat 60 Mata Ganjaran Mesra. Bestnya!

Korang tak boleh lepaskan peluang ni sebab…

Memang akan rugi besar kalau korang lepaskan peluang ni. Tawaran hebat macam ni bukan selalu datang tau. Tawaran ini akan berlangsung dari 6 Januari 2018 hingga 12 Januari 2018! 

Bagi sesiapa yang masih belum ada Kad Mesra, korang boleh dapatkannya di mana-mana 1,000 stesen PETRONAS seluruh negara secara PERCUMA!

Tapi, jangan lupa register melalui SMS ataupun permohonan online, barulah boleh redeem Mata Ganjaran Mesra yang dah kumpul tu! Caranya macam ni:

KAD MESRA <jarak> 17 digit Nombor Kad Mesra PETRONAS <jarak> Nombor IC <jarak> Nama dan hantarkan ke 36372

Untuk maklumat lanjut, klik laman web PETRONAS ni… Selamat mengumpul mata!

SKIP THIS AD ×