berita

7 Aktiviti Yang Luar Biasa Peminat Tegar Bola Lakukan Dalam Bulan Puasa…

June 15th, 2016 | by Rudy | 1 comments
45.4K
reads
337
shares
Sponsored Post

DP Umobole junagiphy

Bulan puasa sudah pun menjelang dan semestinya korang pun tahu akan ada pengurangan aktiviti di siang hari kan? Maklum sajalah tenaga yang kita ada cukup sehingga waktu berbuka. Tapi ada je yang lebih bertenaga di bulan yang mulia ni dan ada yang sebaliknya.

Kalau sebelum ni kami pernah kongsikan dengan korang semua pasal apa yang peminat tegar bola sepak lakukan pada hari perlawanan, kali ni kami nak kongsikan bersama korang semua macam mana mereka ni menyambut puasa.

Artikel berkaitan8 Perkara Peminat Tegar Bola Sepak Lakukan Pada Hari Perlawanan

Dari sumber yang kami terima, ramai yang mengatakan peminat tegar ni bulan puasa pun ada buat aktiviti. Ha apa je yang diorang ni buat sepanjang bulan ramadan ni? Nak tau, meh ushar sini.

1- Stay up tengok bola sampai sahur

ezgif.com-optimize (1)

Musim Euro dan Copa America bola semakin hampir, jadi kalau ikut jam di Brazil dengan Malaysia memang berbeza. So memang kena tengok tengah malam atau sebelum subuh la. Jadi lepak mamak sahur sambil tengok bola la jawabnya.

Tapi kalau kena pula esoknya cuti, memang seronok la lepak dekat rumah member yang ada TV besar dan layan bola sampai sahur je la. Baru best kan? Siapa pernah buat baik mengaku cepat? Ha..Ha..Ha.

2- Berbuka ramai-ramai dengan kelab penyokong

ezgif.com-crop (2)

Ni aktiviti yang sangat menarik bila masuknya bulan puasa, di mana semua penyokong akan berkumpul untuk berbuka. Yang bestnya semua bawa lauk masing-masing, acah-acah pot luck la.

Biasa juga kami buat pot luck ni hasilnya pembaziran, so kami nak pesan juga la bulan puasa ni jangan rambang mata pula tengok makanan itu ini nak dibelinya. #Membazirituamalansyaitan

3- Namakan juadah berbuka sempena nama pemain bola

U mobile 2

(Sekadar gambar hiasan)

Selain tu juga, korang mesti selalu pergi bazar ramadan kan? Ni memang tegar bola sepak bila juadah yang korang jual pun diberikan nama khas sempena nama pemain-pemain bola sepak ternama.

Ini pun bagus untuk buat marketing juadah korang tu. Tapi make sure yang nama yang diberikan tidak sepelik juadah yang dijual. Takut nanti viral sebab juadah yang dijual suam-suam kuku je.

4- Main futsal lepas terawih

ezgif.com-optimize (2)

Okay aktiviti ni memang biasa je, kalau bukan bulan puasa memang korang akan buat kan? Tapi apa yang bezanya bila fans bola sepak main di bulan puasa ni momentum diorang turun sikit sebab tadi berbuka makan macam-macam. Hu..Hu..Hu kami pun pernah alami benda yang sama.

5- Design baju raya ala-ala jersi kelab bola

design baju

(Sekadar gambar hiasan)

Seterusnya, meskipun kaki bola baju raya tetap kena meletop. Nak pula yang fanatik bola ni confirm mencari sesuatu design yang sama dengan jersi.

Kalau kena dengan gaya tak apa, jangan sampai jadi bualan ramai di bulan syawal nanti. Jangan risau la kalau baju pelik sebab memang korang je yang ada baju tu kan? Ha..Ha..Ha.

6- Main FIFA sambil tunggu waktu berbuka

fifa giphy

Kalau korang menanti masuknya waktu apa yang biasanya akan korang lakukan? Jangan nak tipu, cakap cedukkan lauk dalam mangkuk, tolong mak hidang makanan la. Sebab kami tau apa yang korang buat, tapi yang buat semua tu korang memang terbaik la. Moga puasa korang dirahmati.

Buat fanatik bola ni, biasanya sementara menanti waktu berbuka sudah semestinya phone di tangan sambil bermain game FIFA kan? Ngaku je la, bukan kami tak tau..Ha..Ha..Ha.. #kamiagakjejanganmarah

7- Siapa cakap Bangsa Bola tak puasa? Ha jangan ‘puasakan’ kredit korang sebab apa? Dengan U Mobile

Screen Shot 2016-05-13 at 11.46.10 AM

Aktiviti yang semestinya tidak lekang daripada peminat fanatik bola sepak adalah update tentang bola la! So jangan biarkan kredit telefon korang tu berpuasa juga. Ha..Ha..Ha.

Dengan U Mobile korang mesti teruja dengan tawaran dan ganjaran yang diberikan. Boleh streaming sepuasnya dan upload gambar-gambar menarik sepanjang bulan ramadan ni kan?

Buat Bangsa Bola mesti korang semua bersemangat penuh bila tau nak masuk musim bola kan? Jadi pasukan mana yang korang akan sokong dan korang ramalkan untuk jadi juara?

Kalau diimbau sebelum ni kita pernah dilanda demam bola disaat bulan puasa dan semua orang bersemangat nak menyaksikan secara langsung walaupun waktunya adalah di tengah pagi, tapi tak apa la boleh terus bersahur.

Jadi ketahui update terkini pasal bola tanpa gangguan dengan U Mobile. Macam mana nak bertukar atau beralih ke U Mobile? Ha berita baik buat korang sebab semua maklumat korang boleh didapati dengan melayari ke laman sesawang mereka atau klik di sini – U Mobile.

P/S: Aktiviti yang kami kongsi ni untuk suka-suka je. Tapi sebenarnya itulah realitinya bila masuk musim bola kan?

The following two tabs change content below.