berita

7 Cara Minta Hutang Jika Kawan Korang Jenis Tak Makan Saman

January 21st, 2015 | by Ai | 1 comments
4.4K
reads
39
shares
Kini Trending

Screen Shot 2015-01-21 at 11.42.23 AM

Minta pinjam duit memang senang, tapi korang perasan tak bila sampai bab bayar balik, mesti liat je nak pulangkan semula.

Masalah paling utama adalah bagaimana cara untuk kita mendapat semula atau menuntut hutang berkenaan.

Haa, khas untuk korang yang sedang dilema macam mana cara terbaik untuk kutip hutang, nah, kami sediakan tips-tips menarik yang mungkin boleh diguna pakai.

Pura-pura nak pinjam duit

tumblr_inline_ndx8tj6E951rlpk9c

Cara yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar.

Contohnya, cuba korang minta pinjam duit daripada si penghutang, apabila dia meminta kembali wangnya, anda cakap je ‘tolak hutang kau ngan aku kelmarin’. Settle masalah!

Bergaul mesra dengan penghutang

hug-gif

Ini merupakan satu teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di laman sosial seperti Facebook Twitter dan Instagram.

Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra, bolehlah korang selitkan isu hutang tersebut.

Sindiran paling ‘deep’

219284_1674088541028_1501886784_3136[2]_thumb[1]

Cakap baik-baik pun tak nak dengar, apa kata korang gunakan kata-kata sindiran paling deep sekali untuk kawan korang tu.

Contohnya, post status atau di wall penghutang dengan ayat-ayat hikmah sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Agak-agak dia sentap, mesti akan dibayar nanti.

Berbalas pantun

taman-bunga-nusantara4-picsay

Apa kata korang bagi si penghutang pantun ni :

Kerja keras pagi ke petang, untuk mencari wang berdozen.

Wahai kawan bila nak bayar hutang? Aku nak duit beli beg Frozen.

Hantar selfie mengundang

selfie1

Invite rakan main poker di Facebook

Facebook-Page-One-Zygna-Texas-Holdem-Poker

Bila rakan anda bising-bising bertanyakan kenapa anda tak habis-habis invite dia bermain poker di Facebook, jawab je begini :

Mana tau nasib kau menang banyak duit, bolehlah kau bayar hutang aku.

Jangan malu

tumblr_inline_n0qnjg8KVg1ry6dwj

Inilah dia perkara paling utama dalam meminta hutang. Jangan sesekali membiarkan malu mengatasi hidup anda.

Cuba korang fikir, si penghutang bukan main lagi update foto makanan sedap-sedap, bercuti sana sini. Tapi, hutang taknak bayar.

Untuk orang begini, tak perlu korang nak rasa segan minta hutang. Faham?

One Comment

  1. lezo says:

    Hahaha teknik paling last sekali. Perli mangsa sampai terburai air mata beliau