berita

7 Ciri-Ciri Perlu Ada Untuk Bergelar Pelakon Popular Di Malaysia

March 26th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Pertambahan pelakon di Malaysia semakin hari semakin ramai bukan sahaja merancakkan industri seni tanah air, malah menyerikan lagi kaca televisyen drama tempatan. Sehingga penonton tidak menyedari akan kehadiran bakat-bakat baru yang mewarnai industri negara kita.

Kebanyakan mereka bermula sebagai pelakon tambahan sahaja tapi disebabkan bakat yang dimiliki, ada yang sudah beberapa kali memegang watak utama. Rosyam Noor dulu pun bermula sebagai krew produksi je kot!

Tapi betul ke ramai pelakon yang kita tonton di kaca televisyen hari ini bersandarkan kepada bakat semata-mata? Bukan sebab handsome, macho dan bergaya? Pernah satu ketika hangat diperkatakan tentang populariti seorang pelakon lelaki yang didakwa mempunyai skil lakonan yang lemah sehingga digelar kayu! Harap muka je handsome, betul ke?

Jadi apa ciri-ciri sebenar yang perlu ada untuk bergelar pelakon popular di Malaysia? Kami senaraikan.

‘Kayu’ tak apa asalkan handsome?

Kalau korang perasan sekarang banyak je pelakon muka handsome muncul dalam setiap drama. Tapi betul ke dorang ini berbakat? Malah, populariti menjadikan mereka muncul sebagai hero dan heroin drama TV adalah sangat kerap.

Pakej berwajah kacak dan cantik menarik perhatian peminat untuk menyokong mereka dalam industri seni. Laju je followers di media sosial naik! Tup tup followers dah berjuta-juta! Namun, sejauh mana mereka dapat bertahan jika hanya menaruhkan wajah sahaja untuk dijual?

Muka cantik, Pan-Asia

Tapi sekarang makin ramai pula pelakon tempatan memiliki raut wajah pan-Asia seperti Diana Danielle. Korang mesti suka kalau artis cantik dan kulit halus muncul menghidupkan watak dalam drama TV, kan? Boleh dibanggakan, mereka bukan saja memiliki wajah persis selebriti Hollywood tapi mereka juga ada bakat lakon yang mantap!

Raut wajah cantik persis Hollywood ini membuatkan korang menanti dan setia menunggu di depan kaca TV. Apa yang bestnya, mereka ini laris sebagai duta di setiap keluaran produk kecantikan tempatan dan level antarabangsa.

Badan mantop & sado

Tidak dinafikan kebanyakan pelakon Malaysia memiliki bentuk badan yang mantap, sado dan seksi. Maka, ianya menjadi peminat naik gila untuk melihat artis pujaan korang tampil gah di skrin televisyen seperti Brad Pitt dan Chris Evans. Zaman sekarang memang ramai artis habiskan masa mereka di gym untuk sadokan badan!

Korang mesti ada citarasa nak melihat badan sado dan seksi artis pilihan. Ditambah pula dengan bakat lakonan yang pasti membuat korang ‘cair’ dan tergilakan pelakon itu.

Korang mesti melting dengan watak Zill dalam Rindu Awak 200%, kan?

Followers wajib ramai

Media sosial sebagai jurang merapatkan kemesraan antara artis dan peminat. Dimana peminat dapat berkomunikasi dengan artis kesayangan mereka di ruangan komen. Korang juga mesti mengikuti perkembangan karier artis kegemaran di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Teknologi sekarang hanya dihujung jari je! Search dan terus dapat info terkini artis pujaan korang.

Namun hal ini pernah menjadi perdebatan oleh beberapa orang selebriti. Hal ini kerana wujud segelintir pengarah yang mengambil kira jumlah pengikut di media sosial sebelum ditawarkan ‘kerja’ untuk sesebuah drama. Perkara ini juga berlaku semasa sesi ujibakat seperti yang dikongsikan oleh Zahiril Adzim tempoh hari.

Jadi nak tak nak pelakon sekarang memang kena aktif di media sosial! Antara artis yang sangat mesra melayan peminat di media sosial ialah Aeril Zafril. Bukan sahaja di Instagram, di Twitter pun dia aktif.

Lakonan yang mantap

Pelakon yang berkualiti adalah pelakon yang berjaya menghidupkan watak dalam naskah yang diberi. Tapi tak semua pelakon berjaya memberikan impak dalam lakonan, nak jadi pelakon kena pandai buat kajian watak. Barulah watak korang tu bernyawa dan diingati.

Korang pernah tak rasa berada dalam dunia drama ketika menonton drama pilihan? Macam korang berangan dalam filem Hindustan tu. Kalau penonton dapat rasa macam drama Hindustan tu, makanya berjayalah pelakon membawa watak! Kalau nak senaraikan pelakon yang ‘power’ di Malaysia di memang ramai antaranya Rosyam Noor, Que Haidar, Bront Palarae dan ramai lagi.

Muka jambu

Pelakon muka jambu kian ramai menghiasi skrin TV dan mendapat permintaan hangat dari peminat. Sudah pasti artis muka jambu ala-ala Korea menjadi kegilaan korang, kan? terutamanya peminat perempuan.

Barisan pelakon muka ala Korea tidak mempertaruhkan wajah sahaja malah mereka juga mempunyai bakat untuk diketengahkan. Ini semua sebab pengaruh layan drama Goblin dan Descandant Of The Sun ler tu. Lepas tu boleh berangan Soong Joong Ki menyelamat korang dari lemas. Perghhhh!

Ayat manis macam gula

Setiap dialog ‘manis’ yang keluar dari mulut pelakon pasti akan membuat korang tidak boleh move on sampai tamat episod setiap drama. Setiap pelakon pasti ada kekuatan masing-masing dalam melontarkan ‘kata manis’ bagi mewujudkan suasana yang real and feel.

Turut dibantu dengan nada suara dan style dalam melontarkan dialog kepada pasangan lakon. Kadang-kadang sampaikan korang tak boleh nak move on babak romantis. Lepas itu tengok berulang kali di Youtube dan Tonton.

Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) korang berpeluang untuk mengundi barisan artis kesayangan di www.dfkl.com.my . Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan pada malam gala DFKL 2018. Tarikh undian telah dibuka sejak 1 Februari hingga 1 April tahun ini. Jangan lupa untuk mengundi artis pilihan korang ye!

SKIP THIS AD ×