berita

7 Idea kerja Part Time Yang Pelajar Universiti Boleh Buat Untuk Dapat Duit Tambahan

February 26th, 2018 | by Noraniza
Kini Trending

Ya! Di Malaysia ni, ramai student yang mahu mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sambilan untuk menampung kos pembelajaran yang makin meningkat. Al-maklumlah, keluarga di kampung bukannya orang berada nak hulur duit beribu-ribu tiap bulan. Malahan, perlu menanggung adik beradik kecil yang lain.

Tapi, apakah agaknya pekerjaan yang boleh dilakukan oleh student ya? Nah, admin senaraikan di bawah. Mungkin ada yang sesuai dengan korang?

1. Guru tuisyen

Ha, kalau dah bergelar pelajar universiti mestilah bijak pandai kan? Apakata try apply jadi guru tuisyen. Boleh juga mengaplikasi ilmu yang ada kan. Takdelah berkarat!

2. Promoter butik

Kalau korang jenis memang suka bercakap dengan orang, ramah-tamah dan suka buat sales, bolehlah try jadi promoter. Tapi, adatlah kalau dapat customer yang fussy. Kena sabar banyak-banyak!

3. Krew restoran

Ini antara pilihan paling popular! Sebab kebiasaannya memang mereka selalu je nak ambil orang dan kebanyakan staff pun bekerja secara sambilan je.

4. Berniaga dalam kolej

Janganlah pulak korang meniaga benda yang susah nak dibuat. Mungkin korang boleh beli air tin banyak-banyak, letak dalam kotak ais dan letak di setiap blok. Letak sekali bekas duit untuk dorang bayar. Mesti laku! Tapi, tu lah, risikonya kadang-kadang ada student yang tak jujur.

5. Jadi agen dropship di media sosial

Ini pun antara yang mudah dan khabarnya boleh dapat pulangan yang agak best! Korang cuma perlu rajinlah post di laman sosial masing-masing ‘jualan’ korang. Kalau siapa ada ramai kawan dalam laman sosial, makin bestlah sebab ramai customer!

6. Cuba tulis blog atau copywriter

Buat korang yang ada minat untuk menulis dan kreatif dalam penyampaian cerita, ini pilihan paling best! Pendapatan pun boleh tahan masyuk kalau korang memang ada follower tetap. Malah, ada juga agensi pengiklanan yang sering cari copywriter untuk menulis iklan mereka.

7. Jual insurans

Ha, ni lagi satu peluang kerja sambilan yang sentiasa ada ‘kekosongan’ dan waktu kerjanya pun fleksibel. Cuma, kena pandailah nak yakinkan orang ya! Ala, alah bisa tegal biasa!

Selain kerja part time, ada option lain ke?

Waaah! Berita baik untuk semua pelajar-pelajar semua. Biasiswa Fair & Lovely 2018 bernilai RM 200,000 kini perlu jadi rebutan korang!

Excited kan? Mesti korang tertanya-tanya macamana nak dapatkan biasiswa ni. Mudah sahaja! Pertama sekali, isi borang dengan memohon di laman sesawang ini dan undi universiti korang!

Kemudian korang share posting daripada universiti  di laman facebook rasmi Fair & Lovely Malaysia.  Nak tahu lebih lanjut, sila layari laman sesawang  www.fairandlovely.com.my.

Apa tunggu lagi? Cepat-cepat undi universiti korang dan dapatkan peluang keemasan ini!

*Jumlah keseluruhan yang akan dibahagikan kepada 40 penerima yang layak di kalangan 7 universiti dengan mata undian tertinggi. Tertakluk kepada Terma & Syarat. Kempen tamat 31 Mac 2018.

https://www.youtube.com/watch?v=rowoTl6_GGE&feature=youtu.be

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×