berita

7 Perkara Yang Penunggang Motosikal Paling Benci Di Jalanraya Tapi Masih Steady Bawak Motor. Bahayanya!

July 12th, 2017 | by Nurul
Sponsored Post

Bawa motosikal ni memang best. Lebih mudah dan pantas kalau nak ke mana-mana pun. Bila traffic jam pulak, tak payah nak stres sebab boleh main selit-selit je.  Berangin pulak tu. Hehe..

Tapi dalam seronok-seronok tu, sebenarnya penunggang motosikal ni terdedah dengan bermacam-macam bahaya atas jalanraya. Nak bawa motor ni perlukan skill dan kemahiran jugak. Silap langkah, memang ke hospital lah jawabnya!

Haa..jom tengok situasi-situasi bahaya yang selalu penunggang motosikal lalui..Riders semua mesti boleh relate kan dengan situasi ni semua..

Jalan licin bila lepas hujan

Kalau bawak motor ni memanglah senang mencelah, tapi bila hujan, terpaksalah tunggu bawah jambatan.

Lepas tu pulak, confirm jalan jadi licin kalau hujan lebat. So, kepada riders di luar sana tu, kenalah hati-hati dan jangan pecut pulak.

Silap haribulan, terbabas pulak motor korang tu.

Batu-batu kecil atau pasir atas jalanraya

Kadang-kadang bahaya bukan sahaja datang dari pengguna jalanraya tapi juga dari apa yang berada di atas jalanraya tu sendiri.

Pernah tak, korang tengah best-best drive lepastu tiba-tiba ada objek kat tengah jalanraya, terus gelabah nak elak kan. Siapa yang drive tu gagah la jugak nak elak, tapi siapa yang bawak motor tu memang bahaya.

Lagi-lagi kalau jalan tu berpasir atau ada batu-batu kecil. Memang boleh hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan!

Kereta lain masuk simpang tak bagi signal

Kalau situasi yang ni rasanya bukan riders je yang bengang, rasanya semua pengguna jalan raya pun sakit hati.

Yelah, angin takde ribut takde tiba-tiba terus je masuk simpang. Bukannya kena bayar pun kalau bagi signal.

Apa yang merisaukan, kalau tiba-tiba ada motor dari arah belakang. Mesti akan mengakibatkan kemalangan yang teruk kalau motor tu tak sempat brek. Mintak dijauhkan!

Kenderaan di hadapan brek mengejut!

Situasi ni memang berpotensi tinggi untuk mengakibatkan kemalangan berlaku. Bila kenderaan di hadapan berhenti secara mengejut, secara automatik, kenderaan di belakangnya pun akan brek secara mengejut.

Untuk penunggang motosikal, situasi ni memang sangat bahaya sebab korang boleh tercampak kalau brek terlalu kuat.

Sebab tulah pentingnya untuk tak ikut kenderaan di hadapan dalam jarak yang dekat.

Kenderaan buka pintu secara tiba-tiba

Situasi ni jarang berlaku di atas highway tapi selalu berlaku di jalan-jalan atau lorong yang kurang sibuk.

Kadang-kadang pemandu kenderaan ni kurang peka dengan keadaan sekeliling. Manalah tahu, tiba-tiba ada motor laju dari arah belakang ke, kan ke dah berlanggar. Yelah riders ni memang laluan dorang di celah-celah kenderaan kan.

So, sebelum bukak pintu tu, tengok-tengoklah dulu, selamat ke tak kalau nak bukak pintu tu untuk elakkan kejadian yang tak diingini.

Kereta tukar lorong dengan laju atau tiba-tiba

Kalau korang nak tahu, situasi macam ni lah yang selalu menyebabkan kemalangan berlaku. Sebab masih ramai pengguna jalanraya yang selfish dan tak memikirkan keselamatan orang lain.

Selalu sangat kita tengok pemandu dengan selamba je tukar lorong tak bagi signal. Kalau sempat brek takpe, kalau tak sempat, memang bertembunglah!

Yang jadi mangsa dah tentulah penunggang motosikal ni memandangkan diorang selalu berada di sisi kenderaan.

Motor korang tiba-tiba rosak tengah jalan

Aduh..memang betul-betul leceh kalau tiba-tiba motor rosak. Dah la dekat tengah-tengah jalan. Tak pasal-pasal kena tolak motor. Bukan saja leceh, bahaya pulak tu!

Tapi, inilah yang rider semua kena hadap. Kadang-kadang rantai putus la, minyak habis la ataupun minyak hitam tak tukar. Bila minyak hitam dah lama tak tukar,  so enjin pun gagal berfungsi dengan baik. Kan leceh tu.

Untuk elakkan semua tu dari berlaku, korang kenalah selalu periksa keadaan motor korang dan ganti minyak hitam bila perlu. Barulah perjalanan korang tak tergendala!

Perjalanan lancar tanpa gangguan dengan Shell Advance!

Minyak pelincir ataupun minyak hitam memang penting untuk ditukar tepat pada masanya supaya motor korang bebas dari sebarang masalah enjin.

Tapi, yang lagi penting adalah pemilihan minyak hitam yang bagus untuk motor korang. Jadi, Shell Advance memang jawapan yang tepat!

Shell Advance ni direka dengan teknologi PurePlus  supaya dapat menghidupkan enjin dengan lebih lancar dan memberikan perlindungan dalam segala keadaan cuaca serta membantu membersihkan enjin dengan lebih baik.

So, lepas ni korang harus pilih Shell Advance untuk perjalanan yang lebih kuasa setiap masa!

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/outrideanything

SKIP THIS AD ×