berita

72 Foto Pertunangan Akma AF3 & Ayeh [Hi- Resolution]

May 7th, 2012 | by M
Lensa Insta

Akma AF3, atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27 telah mengikatkan tali pertunangannya bersama eksekutif Petronas, Hamshi Dato’ Mohamad Fatmi, 28 di kediamannya bertempat di Taman Buana Perdana, Petaling Jaya, lewat petang semalam.

Suasana penuh meriah dengan dihadiri lebih 100 tetamu daripada kedua-dua belah keluarga membanjiri ruangan khemah yang disediakan. Akma yang kini lebih selesa menutup aurat bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya bersama bakal suami pada bulan Jun 2012 ini.

Berkata Akma kepada OHBULAN, “Saya mengenali Ayeh sekitar 5 tahun lepas, namun kami jarang berhubung. Kemudian selepas dia habis pengajian, kami kembali berhubung melalui laman sosial. Jadi, dari situlah hubungan kami bertambah erat.”

Tahniah buat Akma, semoga jodoh anda sampai ke jinjang pelamin.

 

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

Most Read Today