berita

8 Sebab Perempuan Histeria Dengar Perkataan ‘Madu’

February 26th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-01-29 at 4.27.47 PM

Bila sebut pasal bermadu, dah pasti ramai wanita yang geleng kepala laju-laju. Jarang sekali ada wanita yang cakap ”Saya rela bermadu”.

Tapi, pernah tak kaum lelaki terfikir untuk menganalisa kenapa kaum wanita tak mahu bermadu walaupun ia dibenarkan dalam agama Islam? Nah, kami senaraikan sebabnya di sini!

1. Takut Suami Tak Reti Nak Balik Rumah

GrOtgM

Kalau baru kahwin dulu, tepat pukul 7 malam dah tercongok depan rumah. Masa tu si isteri pula sibuk memasak untuk suami yang penat berkerja.

Tapi, bila dah bermadu mestilah kena bahagi-bahagikan hari dengan madu. Cuma, yang merisaukan, si suami langsung tak muncul sampai berbulan-bulan. Acane?

2. Tak Mahu Share ‘Kekayaan’ Suami

wink2

Bukanlah bab duit sahaja yang menggusarkan hati wanita, tetapi ‘kekayaan’ suami daripada segi kasih sayang dan perhatian juga sering menjadikan seorang isteri itu tak sanggup berkongsi suami.

3. Terpaksa Tidur Sorang-Sorang

EXKw6F

Dahla memang suka tidur berkepit. Stok penakut pula tu. Tapi, bila tiba-tiba si suami tiada di sisi sebab dah tiba giliran belah sana, mulalah tak boleh tidur malam. Lepas tu kepala dok terbayang-bayang suami tengah buat apa dengan si madu. Aish.

4. Dituduh Tak Pandai Jaga Suami

http---makeagif.com--media-7-05-2013-HL32SC

Fuh. Story macamni kalau diketahui oleh jiran tetangga, akan jadi hot news of the month. Mulalah cakap yang anda ni jenis tak pandai nak jaga dan layan suami. Sebab tu lah suami pasang cawangan lagi. Ish. Sabar je lah.

5. Kebajikan Anak-Anak Terabai

cry_baby

Anak dah la berderet-deret. Semua pun kecil-kecil lagi. Maka, para wanita ni risaulah andai kata si suami ‘syok’ sangat layan layan isteri baru sampai lupa tanggungjawab kepada anak-anak.

6. Tak Mahu Cipta ‘Drama’

my_husband(1)

Biasalah. Perempuan penuh dengan emosi. Asal tak puas hati sikit je mulalah menangis, meraung dan lawan tarik rambut dengan madu. Fuh. Time tu lah suami rasa nak cari yang nombor tiga.

7. Kena Cop Perampas

Screen Shot 2015-02-26 at 1.05.12 PM

Lain pula ceritanya kalau anda merupakan orang ketiga dalam rumahtangga tersebut. Dah sah-sahlah semua orang termasuklah bff ada persepsi yang korang ni perampas suami orang!

8. Dengar Kisah Negatif Pasal Bermadu

Screen Shot 2015-02-26 at 1.07.08 PM

Saban hari, ada je cerita-cerita sedih mengenai hidup bermadu ni. Tak yang pertama terkilan, yang kedua pula rasa dianiaya. Humph.

Tapi….

Screen Shot 2015-02-26 at 1.08.41 PM

Bukan semua kisah bermadu ni akan berakhir dengan kekecewaan. Contoh terbaik di kalangan selebriti adalah keluarga Ashraf Muslim, Salleh Yaacob dan ramai lagi lah.

Jadi, sebagai seorang suami yang rasa berkelayakan untuk kahwin lebih daripada satu dan mampu jaga kebajikan isteri-isteri mereka, korang kenalah berlaku adil dan banyakkan bersabar.

InsyaAllah, semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan. Tak gitu?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×