berita

9 Sebab Kenapa Hero Korea Menjadi Kegilaan Gadis Malaysia

February 12th, 2015 | by Wan | 13 comments
1.9K
reads
16
shares
K-POP

sj

Sebut sahaja nama Taecyeon, Jang Geun Suk, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho pasti ramai peminat mereka di Malaysia ‘histeria’ akan ketampanan selebriti  Korea ini. Malah ada yang sanggup menyimpan koleksi foto dan video mereka.

Artis tempatan seperti Amir Raja Lawak, Ebby Yus, dan Syaiful Zero tak cukup tampan ke untuk menandingi hero Korea? Berikut kami sediakan 9 sebab kenapa hero Korea digilai gadis Malaysia.

Sebab Kulit Mereka Lebih Flawless Daripada Perempuan

licin

Kami yakin hampir kesemua pelakon mahupun penyanyi lelaki Korea mempunyai kulit muka yang begitu flawless. Sudah lah putih ditambah pula flawless, siapa tak geram kan? Yang pasti mereka tak memerlukan Qu Puteh Qu Puteh baru lah Putih.

Hebat Menari Tanpa Lemak Menggelebeh

cun

Tidak hanya bersandarkan pada paras rupa sahaja, mereka juga hebat dalam tarian sehingga menjadi ikutan peminat. Antaranya 2PM dan Super Junior. Kalau tengok mereka menari rasa macam nak join sekali je.

Pandai Ambil Hati Peminat

tomei

Personaliti mereka yang begitu soft spoken ini ternyata mampu mencairkan hati setiap peminat. Artis-artis Korea juga dikenali sebagai artis yang tidak sombong. Berbeza dengan segelintir artis Malaysia yang siap berbalas maki-makian dengan peminat di laman sosial. What the heck!

Tak Berlakon Cerita Rempit & Gangster

over

Jika dilihat kebanyakan filem korea berkisarkan tentang percintaan, diselitkan unsur kelakar dan sangat bersahaja. Kami yakin bahawa watak yang mereka lakonkan mencerminkan karakter mereka yang sebenar. Maka bertambah ‘cair’ lah bila ditonton.

Penampilan Yang Kemas

kemas

Sedap mata memandang. Itu lah yang boleh disimpulkan apabila melihat penampilan selebriti lelaki Korea. Majoriti daripada mereka tampil dengan imej yang begitu kemas dan tidak takut untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.

Tak Control Macho

mach

Satu perkara yang membuatkan artis Korea digilai ialah karakter mereka yang tak control macho. Sebagai contoh jejaka-jejaka di dalam program Running Man, walaupun kacak tapi selamba je redah semua task.

Stamina Kuat Masa Live Concert

tng

Keupayaan mereka untuk menyanyi dan menari pada masa sama memang tidak boleh dinafikan lagi. Apa yang lebih mengagumkan ialah stamina mereka semasa membuat persembahan live sambil berinteraksi dengan peminat.

Music Video yang Super Awesome

hbt

Kami yakin ramai peminat K-Pop mula mengenali artis pujaan mereka melalui Youtube. Musik video mereka yang lain dari yang lain dan sangat cool sudah pasti tak jemu bila tengok berulang kali.

Rendah Diri & Low Profile

hble

Artis Korea memang terkenal dengan sikap mereka yang begitu rendah diri apabila berhadapan dengan peminat mahupun wartawan. Walaupun terkenal ada antara mereka yang hanya tinggal di kediaman murah.

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most read today

Recommended for you