berita

‘Abang Janji Abang Akan Tolong Umi’ – Luahan Ibu Mangsa Kebakaran Tahfiz Buat Netizen Sebak

September 18th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan bahawa kes kebakaran di asrama Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selesai dengan penangkapan tujuh suspek kes tersebut. Ramai yang berasa marah dan kecewa kerana kesemua suspek baru berumur belasan tahun, tak tercapai dek akal bagaimana mereka sanggup membakar pusat tahfiz hanya kerana dendam.

Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran, Nen Dsign di facebook meluahkan rasa bersyukur kerana semuanya sudah selesai. Dia juga memaafkan kesemua suspek dan berdoa mereka juga menjadi anak yang soleh seperti anaknya. Sebak!

Tunggu umi di pintu syurga

Umi sayang abg….tggu umi di pintu syurga. Mmuahhh

T.kasih Nen Dsign ucapkan buat semua yg mendoakan Danieal n atas semua sumbangan yg telah diberikan. Dialah ANAK SYURGA saya…Aamiin.

Alhamdulillah….

Umi maafkan kamu semua

 

T.kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka diantara ank2 yg soleh lg bertaqwa.Aamiin….

Umi doakan semoga semua ank2 umi yg dh terlanjur ni menjadi ank2 yg soleh lg bertaqwa n menjadi hamba Allah yg hebat disisi Allah didunia n diakhirat kelak. Umi maafkan kamu semua n umi tk pernah salahkan kamu semua. Semuanya dh tertulis di suratan Allah. Moga ini adalah permulaan Allah ingin mnjadikan kamu semua ank yg soleh. Aamiin.

Alhamdulillah Engkau dah makbulkan doaku Ya Allah

Nanti umi akan peluk abg lg di syurga. Abg tunggu umi ye…umi syg abg sgt2. “Ya Allah…Engkau jadikan ank2ku diantara tahfiz2 Mu n syahid2Mu.” itulah antara doa yg tk pernah ku tinggalkan setiap kali lepas solat. Alhamdulillah Engkau dh makbulkan doaku Ya Allah.

Abggg…sejuk perut umi mengandung n melahirkan mu. Umi sentiasa igt kata2 abg setiap kali abg nk tggalkan umi pergi kl. Abg peluk umi n abg bisikkan di telinga umi “umi…abg sayang umi, abg nk tlg umi. Abg tk nk umi susah2 lg. Abg nk umi bahagia. Dah lama umi susah utk abg n adik2. ” Saat tu abg peluk umi erat2. Umi cakap umi tahu abg ank yg soleh. Umi tk kisah pun umi susah utk ank2 umi.

Umi rela korbankan segala-galanya utk ank2 umi walau nyawa umi sekali pun. Abg tatap mata umi n abg senyum….abg cium pipi n dahi umi. “Abg janji abg akan tlg umi suatu hari nnt.”. Abg sentiasa ulang ayat yg sama setiap kali abg nk tggl umi. Dan sekarang abg pergi tk kembali…tp umi tahu abg tunggu umi di pintu syurga utk menjemput umi masuk ke syurga firdaus. Umi bangga dgn abg. Insyaallah adik2 abg juga umi akan masukkan ke sekolah tahfiz seperti impian abg.

sumber : Nen Dsign

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×