berita

Abby Abadi Dihentam Kerana Aibkan PM

February 6th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

abby

Foto dan video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membuat lawatan mesra ke Batu Caves bersempena sambutan Thaipusam pada hari Selasa lepas sangat mencuri perhatian ramai di laman sosial.

Tak terkecuali, Abby Abadi juga seperti biasa mempunyai pendapat sendiri terhadap sesetengah isu termasuklah perkara ini.

Ruang Komen Panas Dengan Debat!

Disebabkan tindakan Abby yang memuat naik foto PM bersama isteri sambil meletakkan keratan berita dipercayai dari sebuah portal bertarikh 10 Februari 2012, Abby teruk dihentam di laman Instagramnya.

#OhMalaysiaKu #AmbilPeduli NAJIB ‘GADAI AQIDAH’ – HARUSSANI “Najib tak dengar nasihat saya.” – Mufti Perak 17 Rabi’ul Awal 1433 H | 10 February 2012 KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. “Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. “Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Perdana Menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. “Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir… itu upacara ibadat mereka. “Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu. Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010. “Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain… kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah. “Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur… kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri (cari ye artikel ni. Tak muat ????) #SelamatkanMalaysia #FahamKanMaknaAkidah

A photo posted by Syuhada Kasih Abadi (@abby_abadi112) on

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Abby berkongsi foto tersebut kerana menganggap bekas penyanyi itu sengaja mahu mengaibkan pemimpin negara.

Screen Shot 2015-02-05 at 22.46.05

Korang rasa Abby berdiam diri ke? Mestilah tidak. Ibu kepada tiga anak itu mendakwa apa yang dibuatnya adalah bersebab.

Screen Shot 2015-02-05 at 22.45.32

Abby Didakwa Bersikap Racist

Screen Shot 2015-02-05 at 23.42.41

Screen Shot 2015-02-05 at 23.43.00

Mungkin penjelasan individu bernama @lydiaelmi di atas sedikit sebanyak dapat menjernihkan keadaan dan membuatkan segelintir pihak lebih memahami maksud sebenar Abby.

Most Read Today