berita

Abby Abadi Kini Sah Ahli PAS Seumur Hidup

July 20th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Setelah menimbulkan beberapa kontroversi sebelum ini, laporan Sinar Harian hari ini telah mengesahkan bahawa Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan telah sah menjadi ahli PAS seumur hidup setelah menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abby Abadi sebelum ini telah dirakamkan menyertai perhimpunan “Bebaskan Tahanan ISA” di Kamunting, Taiping, dan dia juga telah menimbulkan beberapa siri kontroversi di laman Twitter-nya.

Melalui temubualnya bersama Harakah Daily, Abby Abadi memberitahu bahawa dia selesa untuk berkongsi pengalaman apabila dia menyertai parti ini.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini.” – Abby Abadi.

Persoalannya sekarang ini, perlukah selebriti itu menguar-uarkan jika mereka menyertai sesebuah parti politik tidak kiralah samada di pihak pembangkang atau pun kerajaan? Mari kita berfikir secara positif.

SKIP THIS AD ×