berita

Ada Beli Barang ‘Fake’ Atau Seludup? Ini 4 Akibat Yang Korang Perlu Ambil Tahu

August 16th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Bila nampak orang lain pakai barangan branded, korang pun mesti nak jugak kan? Haruslah follow trend terkini… Nak beli satu yang original habis pulak gaji sebulan nanti. Jalan mudah, beli je yang fake atau seludup…

Berlambak jual kat internet, Facebook, Instagram apa semua… Murah pun murah, malah sama je pun macam yang original. Stop! Nanti dulu, jangan beli yang fake atau seludup tu… Nak tau kenapa? Terus baca artikel ni sampai habis…

1. Korang akan buat rasuah di negara kita makin menjadi-jadi!

Kredit gambar: Berita Harian

Semua orang tau barang fake dan seludup ni dijual secara berleluasa di negara kita. Bahkan, dalam tak sedar jiran belakang rumah korang pun entah-entah ada jual barangan fake atau seludup dari luar negara. Contohnya telefon bimbit, kasut, beg tangan, tudung dan banyak lagi lah barangan haram…

Pernah tak ada siapa-siapa bukak mulut dan report perkara ni ke pihak atasan? Tak pernah kan? Sebab apa? Masing-masing dah sedap makan rasuah, memanglah mulut tutup! Kalau dibiarkan lama-lama, makin banyak kes rasuah berlaku kat negara kita. Jangan biarkan ia terus berleluasa guys!

2. Merugikan kerajaan sehingga berbilion ringgit gara-gara penjualan barang fake dan seludup

Korang tau tak pada tahun 2017 je, Malaysia rugi sebanyak RM8 bilion daripada penjualan barangan haram tau! Ia disahkan Pengarah Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Ali Saman.

Beliau menyifatkan kerugian banyak berlaku dalam kalangan pengedaran produk yang terdedah kepada perdagangan haram, terutamanya rokok seludup, makanan & minuman, jentera dan kereta.

Jadi, korang nak teruskan membeli barang fake dan seludup supaya negara kita terus rugi? Lebih baik tidak…

3. Merancang sumber pendapatan penjenayah secara tak langsung

Kredit gambar: Deenamik

Bila korang beli barang fake atau seludup, sebenarnya korang membuatkan kumpulan penyeludup kat luar sana menarik nafas lega. Sebab apa? Bila orang ramai nak beli barangan original tapi tak mampu, mesti cari diorang si penjenayah yang menjual barangan fake atau seludup ni kan?

Sebab apa min kata diorang ni penjenayah? Memanglah, barang-barang fake dan seludup tu sebenarnya haram dan tak boleh dibawa masuk ke negara kita sebenarnya! Korang pun secara tak langsung dah menyalur duit kepada si penjenayah yang tak berlaku jujur ni. Sampai bila?

4. Penjenayah akan terus bermaharajalela

Kredit gambar: Imgflip

Katakanlah korang dah selalu sangat beli barang fake atau seludup dari kumpulan penjenayah ni, diorang pun tak risau customer takde atau lari. Duit pulak masuk sepanjang masa. Dari situ diorang dapat sogok sikit orang atasan supaya tutup mulut…

Percayalah cakap min, bila diorang rasa diorang kuat dan tak kena cekup, tak mustahil diorang akan rekrut orang-orang baru bagi meneruskan ’empire’ penjualan barangan fake dan seludup ni. Malahan, bisnes mereka lebih laku daripada peniaga halal kat Malaysia! Bukak mata guys

Berhenti support barang fake atau seludup, bertindak dari sekarang!

Kredit gambar: #JANJILEGIT

Sedarlah bahawa menyokong penjualan barang fake ni bakal memberi kesan buruk bukan saja pada kita, tapi pada negara tau!

Bertindak dari sekarang, jom nyatakan sokongan korang melalui gerakan kesedaran sosial #JanjiLegit yang mahu menyedarkan rakyat Malaysia tentang keburukan menyokong penjualan barang fake!

Muat naik status bersama meme #JanjiLegit atau GIF bersama kawan-kawan di Facebook supaya semua orang tahu tentang gerakan #JanjiLegit ni!

Ikut cara-cara kat bawah ni, nyatakan sokongan korang terhadap #JanjiLegit…

Kredit gambar: #JANJILEGIT

1. Isi nama penuh dan emel. Pastikan emel korang tu aktif tau!

2. Klik ‘Log Masuk Dengan Facebook‘ kalau korang nak guna nama dan emel yang sama dari Facebook. Jangan risau, diorang tak post apa-apa kat Facebook korang tanpa kebenaran…

Kredit gambar: #JANJILEGIT

3. Lepas tu, tick mana-mana statement yang korang setuju tentang penggunaan duit oleh kerajaan bila diorang guna duit yang korang labur untuk pembelian barangan original. Jangan lupa tick ‘setuju dengan terma dan syarat’ jugak tau.

4. Dah siap, tekan ‘hantar‘ dan settleSharelah kat Facebook atau Twitter sebagai tanda korang menyokong #JanjiLegit! Nanti orang lain pun akan tunjukkan tanda sokongan diorang jugak…

Kalau korang ada idea lebih menarik, apa kata  join #JanjiLegit challenge

1. Caranya hampir sama macam yang atas tapi ada sedikit penambahan. Buat langkah yang sama macam kat atas dulu…

2. Lepas tu, rakam satu video yang menunjukkan korang sedang memusnahkan produk fake atau seludup secara kreatif. Dalam video tu, pastikan korang berikrar bahawa “Saya menyokong gerakan www.janjilegit.my. Produk fake merugikan Malaysia berbilion ringgit dan menipu rakyat dengan barangan berkualiti rendah.

3. Pastikan korang letak caption paling kreatif dengan hashtag #JanjiLegit dan ajak kawan-kawan korang supaya klik laman web #JanjiLegit.

4. Tag kawan-kawan dan ajak diorang buat #JanjiLegit challenge jugak!

5. Kongsikan video tu dalam akaun Facebook, Instagram dan Twitter korang okay! Pastikan akaun tu public tau!

Kredit gambar: Tenor

Tunggu apa lagi? Nyatakan sokongan korang terhadap #JanjiLegit dan layari www.janjilegit.my untuk maklumat lanjut!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×